Saturday, May 12, 2012

PELBAGAI PERSOALAN TENTANG KEHIDUPAN BARU SEBAGAI PELAJAR ASASI TESL DI UITM KUANTAN (KHAS UNTUK JUNIORS 2012)

Disebabkan terlalu lah banyak persoalan yang di inbox kan oleh juniors TESL di Facebook, di blog dan sebagainya, maka kat sini, saya, atau lebih proper AKAK *-____- akan terangkan secara total lah InsyaAllah tentang apa yang perlu dibuat, dilakukan bla bla sebelum dan sepanjang bergelar pelajar asasi TESL di UiTM Kuantan.

So here we go dear juniors (:

1. Persediaan pertama - Selepas je korang semua dapat surat tawaran yang mengatakan korang dapat belajar di Universiti Teknologi MARA Pahang Kampus Kuantan dalam jurusan asasi/foundation TESL, benda pertama yang perlu korang buat adalah ucapkan Alhamdulillah. Heheh. Ye lah, apa apa pun mestilah Alhamdulillah dulu ye tak? Bagus ;) Lagipun nak dapat Asasi TESL ni semua orang tahu, bukan mudah. Kita ada ujian bertulis dan interview sebelum dapat diterima sebagai salah seorang pelajar asasi TESL ni kan, tak macam kebanyakan program lain. Dan seterusnya, korang kena lah buat persiapan dari segi mental, fizikal dan emotional. Ini serious cakap. Kalau tak korang takkan mampu nak survive. Jangan sangka program TESL ni mudah ye (walaupun kitorang tahu korang happy sebab no more Addmath). Kan? Jangan tipu lah. Korang ambik TESL ni confirm sebab nak lari dari subjek macam Addmath, Physics, Chemistry etc tu kan? Samalah macam most of us. Sep sikit! :D

2. MDS di UiTM Jengka - Okay dan yang kedua. Seperti yang korang tahu, korang dikehendaki untuk MENDAFTAR DI UITM JENGKA, betul tak? Mesti ramai yang confuse kan. Mesti ramai yang tanya macam ada sorang junior ni,
"Nanti lepas register kt Jengka tu, do i have to stay there for a few days for MDS week or I can go straight to Kuantan after i register at Jengka?? my parents asked me, but I dont know how to answer them."
Jadi, ni jawapannya. MDS itu adalah program orientasi yang menjadi satu kewajipan untuk korang, pelajar pelajar baru. Kat sana, korang akan bercampur dengan pelajar pelajar baru dari program diploma, pra-diploma dan juga pelajar pelajar asasi Law UiTM Kuantan. MDS ni dijalankan selama SEMINGGU. Korang semua (pelajar asasi TESL dan LAW) akan daftar di Jengka dan jalankan orientasi selama seminggu bersama pelajar diploma dan pelajar pra-diploma UiTM Jengka. It is COMPULSORY for you guys to go for MDS sebab segala urusan pendaftaran akan dijalankan di sana. Selepas seminggu korang semua ber-MDS di UiTM Jengka, korang semua (pelajar asasi TESL dan asasi LAW) akan dibawa dengan bas ke UiTM Kuantan. Semua tu akan diuruskan oleh pihak UiTM, jadi korang tak perlu risau okay? Boleh je lepas habis MDS tu korang nak suruh parents korang datang ambik kat Jengka tu, lepastu balik rumah masing masing. Sebab time batch 2011/2012, kitorang dibenarkan bercuti selama beberapa hari selepas habis MDS sebelum meneruskan pengajian di UiTM Kuantan. Fiuhhh! *Tarik nafas jap*

3. Semasa MDS - Time MDS selama seminggu nanti, mintak tolong sangat sangat sangat, dengarlah cakap kawan kawan akak tu and akak sekali. Haha. Kami semua ni seniors korang, jadi please, hormat ye. Kami ni digelar sebagai OC. Semua baik baik InsyaAllah, so kalau korang ada apa apa nak tanya tentang program korang, silalah bertanya kepada kami (: Antara OC untuk program TESL ialah akak sendiri, OC Hanan, OC Farizul, OC Nabila, OC Wanzul. *Sorry kawan kawan kalau ada yang tak tersebut nama. Heheh* Kalau korang baik dengan kami, kami akan baik dengan korang jugak. Okay? HAHA. Selepas seminggu korang ber-MDS di UiTM Jengka tu, korang diberi cuti selama beberapa hari. Ni time 2011/2012 ada cuti, time korang tak tahu lah pulak. Nanti kami inform balik okay? Goooooood :D *I am one of the OCs so yeah, kita jumpa kat Jengka lah InsyaAllah (:*

4. Penempatan - UiTM Kuantan ada dua kampus ; Kampus Padang Lalang (Kampus Kuantan 2) dan Kampus Bukit Sekilau (Kampus Kuantan 1). Kampus Padang Lalang adalah penempatan untuk semua pelajar pelajar asasi TESL lelaki dan perempuan + semua pelajar asasi LAW lelaki. Manakala pelajar pelajar asasi LAW perempuan pula akan ditempatkan di Kampus Bukit Sekilau. Jarak antara kedua kampus adalah lebih kurang 15-20 minit lah kalau naik bas tu. Kat Kampus Padang Lalang, kita duduk dalam bilik bilik. Satu bilik, dua orang. Time batch 2011/2012, roommates boleh pilih. Korang ni tak tau lah pulak kan. Ikut arahan nanti ye (:

5. Replacement Test - Okay dear. Untuk pelajar pelajar asasi TESL SAHAJA, korang akan ada test sebelum start belajar. Test ini adalah untuk macam menentukan ranking gitu lah kot. Buat yang terbaik. Test tu Written Test (kena buat sebuah continuous essay). Untuk pelajar asasi TESL, korang akan dibahagikan kepada 4 buah kelas. TESL A, TESL B, TESL C dan TESL D. Selepas ambik replacement test ni, baru korang akan dibahagikan ikut kelas tu. Written Test ni berkenaan general issues lah. Time batch 2011/2012 kitorang kena buat tentang Negative Effects of Social Networks kalau tak silap. Haa lebih kurang lah. Tak payah prepare sangat lah kot. Akak dulu TESL A, so sesiapa yang dapat TESL A nanti, welcome welcome welcome! :D

6. Subjects - Okayy dah settle bab MDS, penempatan dan replacement test kan. Kita move on pulak ke soal subjek subjek dan tenaga pengajar (pensyarah). Seperti yang korang tahu, kita ada dua semester kan? Okay kita pergi ke semester 1 jelah kan sebab korang pun baru nak mula. Untuk semester 1, korang ada 8 subjects which are ;
College Writing Skills, College Reading Skills, College Study Skills, Computer Literacy, Malaysian Studies, Islamic Studies (CTU), Grammar dan Listening and Speaking
Dan pensyarah pensyarah nya ialah *jeng jeng jeng* ;
College Writing Skills - Madam Laily / Madam Shima
College Reading Skills - Madam Jue
College Study Skills - Sir Nawy
Computer Literacy - Dr. Rahmah
Malaysian Studies - Sir Nawy
Islamic Studies - Ustaz Fadhir
Grammar - Madam Shima / Madam Jue
Listening and Speaking - Madam N
Dan mengapakah ada colour colour merah terhadap tiga subjek itu? Jawapannya ada pada seniors korang dan korang akan jumpa jawapan tu sendiri bila dah masuk tiga kelas tu. Sila sediakan gula gula Hacks / Mentos dan yang sewaktu dengannya. Mwehehe :p Buku buku pulak semuanya akan diuruskan oleh pensyarah pensyarah. Korang cuma perlu sediakan duit je. Tau tau?Ohh ye lupa nak cakap. Pensyarah pensyarah kita sangat garang, bengis, baran dan sewaktu dengannya. Kiranya takde belas kasihan lah senang cerita. So jaga jaga lah korang. Jangan sampai mereka marah.

Okay tipu. Tak lah. HAHA. Semua pensyarah TESL baik baik, friendly. Serious. Diorang nak tolong kita. Diorang sangat sporting. Tapi tapi, korang janganlah treat diorang macam kawan kawan sangat pulak. Kena ada apa? Perasaan HORMAT. Ingat, kita nak kan ilmu daripada diorang. Jangan dan jangan jangan sesekali buat mereka terasa hati ke apa, kita nak kan keberkatan dalam pelajaran (: Kalau ada buat salah, cepat cepat mintak maaf okay? *Madams kita sangat suka Chocolate Indulgence cake from Secret Recipe. So kalau apa apa, pandai pandai lah korang jejak kaki ke kedai SR yang terletak berdekatan dengan Megamall ye :D

7. Jawatan dalam kelas - Ada tiga jawatan penting dalam setiap kelas which are Class Representative (CR), Assistant of Class Representative (ACR) dan Treasurer. Dulu I was a Treasurer masa Sem 1. Ehem! Untuk sesiapa yang jadi Treasurer nanti, a phrase for you guys, WELCOME TO 'HEAVEN'! Korang akan sangat sibuk mengutip duit sebabnya time Sem 1 ni lah korang kena buat kutipan duit buku untuk kelas korang. Bukunya bukan sebuah sayang, tapi banyak! So dear Treasurers-to-be, silalah pandai bahagikan masa anda untuk study, assignment dan tanggungjawab terhadap kelas. Dan yang paling penting, JUJUR. Dan jugak, beware dengan semua orang sebab once orang tahu awak tu Treasurer, awak akan sentiasa di aim sebagai ORANG PALING KAYA DALAM KAMPUS. Akak pernah ganti pakai duit sendiri beratus ringgit sebab kes curi, so please please please, hati hati. Bab duit kelas, jangan percayakan orang lain tak kisah lah kawan baik ke apa, roommates sendiri pun jangan, boleh percaya kat CR dan ACR sahaja. Okay? Paling selamat, mintak tolong lecturer simpankan. Wahai juniors, sila pilih CR, ACR dan Treasurer yang memang boleh buat kerja sebab pergerakan kelas akan ditentukan oleh mereka bertiga. Kalau slow, maka slow lah kelas korang. 

8. Yuran dan elaun - Yuran dan elaun ni, dua benda yang sangat berbeza ye. Elaun adalah perkara yang menggembirakan dan yuran adalah perkara yang tak menggembirakan. Haha. Macam dalam borang perjanjian asasi, korang dapat lebih kurang RM 2 000 untuk satu sem kan? Please, spend your money wisely. Jangan membazir. Biasanya ni lah masalahnya, tak tahu nak manage duit. Maka bencana lah yang akan menimpa korang. Jangan lupa bayar yuran pengajian, yuran kolej, bayaran elektrik, buku buku. Gunakan duit dengan bijak untuk masa depan yang terjamin. *Slogan rekaan*

9. Makan - Malas nak hurai sangat pasal Kampus Bukit Sekilau sebab macam takde kena mengena dengan kita kita yang TESL ni kan. *Macam bias pulak kat sini. Sorry :|* So akak akan hurai pasal Kampus Padang Lalang lah. Kat Padang Lalang, sahabat terbaik korang adalah ARKED. Apa ni? Arked ni tempat makan kita lah. Memang lah tak se gah restoran restoran yang korang selalu makan, tapi tanpa Arked, siapalah kita :') Sumbat tau kalau Arked ni tutup? Korang kena jalan dalam 2-3 minit untuk ke Arked yang terletak di luar kawasan kampus. Kat Arked tu ada kedai makcik, kedai akak, kedai mama, kedai mamak. Pilih lah yang mana korang suka. Makanan murah murah, serious. *Tapi kedai mama tu mahal! Baik jangan pergi. Boikot awal awal tau? Mwehehe* Pandai pandai lah korang buat pilihan okay? ;)

10. Anjing - Perlu ke? Yeee perlu! Sebab apa? Sebabb, sebelum korang jumpa Arked, korang terpaksa lalu depan sebuah bengkel kereta yang ada banyak anjing di dalamnya. Hah! Seram kan? Kitorang ni entah berapa kali marathon dah sebab kena kejar dengan anjing anjing tak bertauliah ni -.- Tapi nak buat macam mana. Tugas 'diorang' kena jaga bengkel kereta tu. So, untuk keselamatan, korang jangan jalan sorang sorang atau berdua je, terutama sekali pelajar perempuan. Untuk ke Arked ni, dimaafkan lah kalau korang nak jalan bercampuran lelaki dan perempuan. Bukan apa, untuk keselamatan (:

11. Cerita cerita seram - Okay, ni bukan untuk takutkan sesiapa lah. Cuma nak bagitau, tolong tolong dan tolong lah, luangkan sedikit masa untuk mengaji dalam bilik masing masing. Solat jangan tinggal. Okay? Biasalah, 'benda benda' macam ni kat mana mana pun ada kan? Jangan lemah semangat. Jaga diri baik baik. Ada apa apa, sila bagitau kat pakcik pakcik Polis Bantuan yang setia kat bawah tu ye :)

12. Etika berpakaian - Untuk pelajar TESL, pakai pakaian yang sopan macam baju kurung, kemeja. Jangan pakai yang ketat ketat sebab nanti kena saman / kompaun dengan pakcik Polis Bantuan. Bagi yang tak bertudung, sila lah pakai tudung apabila hadir ke kelas CTU, ye? Hormat sikit kat ustaz. Ingat, kita nak ambik ilmu daripada dia. Okay? Baguss :D

13. Tempat jalan jalan - Ada banyak tempat jalan jalan kat Kuantan ni. Ada dua mall yang paling biasa menjadi tempat lepak bagi pelajar pelajar iaitu Megamall dan East Coast Mall (ECM) atau sekarang dikenali sebagai Capital Mall. Korang jalan kaki je dari kampus Padang Lalang tu ke Megamall, dekat. Jimat 10 ringgit duit teksi. Pastu dari Megamall tu nak jalan ke ECM dalam 5-8 minit je. Lintas jalan elok elok lah ye. Tempat jalan jalan yang lain macam pantai Teluk Chempedak, Kuantan Parade, Taman Esplanade. Pandai pandai lah korang cari kawan kawan TESL yang memang asal dari Kuantan, hah tahu lah diorang nak bawak korang ke mana (:

14. Perkhidmatan teksi - Akak bagi korang beberapa nombor untuk korang contact untuk teksi in case korang nak ke mana mana.
Pakcik MyVi - 016 9377084
(Sangat murah, biasanya 2 ringgit sorang je. Selalu kitorang call pakcik ni je. Selesa pun selesa)
Pakcik Adi - 017 9569728
Pakcik Syed - 013 9780102

Apa yang best tentang kehidupan sebagai salah seorang pelajar asasi TESL UiTM Kuantan? Based on my experience, SEMUA best! Mungkin ada yang macam tak biasa sebab tak pernah duduk asrama, tak pernah jauh daripada family, but trust me people, you are so gonna enjoy your life here. Tak percaya? Kerat jari lah! Hahaha. As for me and my friends, awesome nya kehidupan dekat sini sampai kitorang rasa kalau asasi ni boleh jadi 3 semester pun kitorang sanggup. Hidup dengan keluarga TESL memang banyak yang kita akan dapat. Plus, dengan lecturers yang tersangat sangat best. Ada macam macam. Jalan kaki pergi pasar malam, jalan kaki pergi malls, kedai print and kedai dobi pun boleh jalan kaki, ada mesin air gedung gedang (kitorang panggil) tu kat dalam kampus, macam macam lagi lah. Dah mula rasa excited? :D Great! Ohh ye, kalau jumpa ada seekor kucing warna oren yang sangat manja tu, batch akak namakan dia MUMIL. Please and please, treat him nicely. Kena ada orang yang baik hati yang tolong belikan dia makanan kucing, kalau tak kesian dia (:

Rasanya tu jelah kot boleh bagitau. Takde apa dah kot. Kalau ada apa apa, tinggal je comment kat post ni, nanti akan dijawab (: Takpun cari lah seniors korang kat Twitter or Facebook, okay dear?
Btw I was one of the students of Asasi TESL batch 2011/2012 ;) Thanks for reading, semoga sama sama dapat manfaat. Sebarkan lah apa yang ditulis panjang panjang ni. Hee byee :D

49 comments:

G said...

wooooaaah! Thanks akak, for the explanation! :D

^^ now I can answer the Qs! :)

p/s: siap ada no.phone taxi lagi! mmg terbaek punya~

#I'll share this blog post with my friends. :)

Muhamad Lokman Naim said...

kenapa anjing tu nak kejar kita ya akak?

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

Haha most welcome dear junior-to-be (: Serious kena set taxi number sebab korang memang perlu ;)

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

Lok, behave. Haha. Anjing tu kan suka batch kita. Sebab tu suka main kejar kejar dengan kita semua :p

Anonymous said...

macam mne dgn pakaian mse MDS?..
banyak pakai t-shirt or baju kurung?..

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

Please prepare lots of baju kurung for your MDS. Sebab throughout the whole week, korang akan pakai baju kurung + tudung. Time my MDS week, even if korang tk pakai tudung kat luar, korang kena pakai tudung for the MDS week. And jangan lupa, at least sepasang kurung putih with black/blue black kain for perasmian penutup MDS (:

Anonymous said...

akak sye nk tnye..
bagi yang kampus di kuantan..
mcm mne barang2 yg perlu di bwe smse pndaftaran?..
bwk semua atau yg basic2 je mcm baju?..
based yg sye bce,kne stay utk MDS..

nur dina najwa said...

emm im dina..from ipoh.so surely lah bawak brg bnyk3 kn haha sbb susah family jauh :P nk tanye,since im quite small,im a bit worried time nk tukar ke kampus kuantan tuu huhu takut ade brg yg tercicir..btw,hai,im gonna be your junior :) oh ya..lg 1,laptop kne bwk siap2 ke atau nt baru bwk bcs my sis ckp orientasi weke will be quite a busy week fr us..sape ada fb gve me ur name :) would like to make friends :)

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

Hi dear Anonymous (: Masa pendaftaran dekat Jengka tu, adik cuma kena bawak barang barang basic je, okay? Baju kurung, t-shirt, dan jangan lupa bawak semua borang borang and apa apa yang dah UiTM senaraikan tu (x-ray, borang perjanjian asasi etc). Sangat penting and make sure jangan ada yang tertinggal pun, okay? You're gonna stay there for only a week dear :D

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

@Nur Dina Najwa hi dear :D Eyy jauhnya awak from Ipoh. During my batch, ada from 3 states je; Pahang, Kelantan and Terengganu (: I don't think kena bawak laptop 'cause MDS sangat busy. Awak cuma duduk bilik malam masa nak tidur je. Takut kalau bawak laptop nanti ada kes curi ke pulak. You're going to use your laptop during your studies in Kuantan only and not during MDS :) So, tk perlu bawak laptop, okay? Yang penting, bawak segala macam borang and dokumen yang UiTM dah suruh bawak tu. Please jangan tinggal nanti awak susah :D Enjoy your MDS dear!

Anonymous said...

tq for ur answer..sye bnyk tnye cket sbb xd sibling utk ditanye..(:
if sye bwk basic je..brg2 lain sye nk bwk ble?..(:

Anonymous said...

Alia,

Im not very clear about what you said regarding biasiswa. Do we pay our yuran pengajian first before registration in Jengka or will it be deducted from the biasiswa later. Yuran pengajian is RM678, i think. Another thing, will the biasiswa be credited into the bank account on a mthly basis or ..?Pls enlighten me. tq

nur dina najwa said...

kne bawak x-ray?emm kenapa saya tak tahu huhu..yaa quite far kn..tu yg takut tu hmmm :[

nur dina najwa said...

oh ya,lg 1 my dad ckp dia ada call uitm..n org tu ckp,tak dftar kt jengka,dftar kt kuantan je..so tak tahu la mcm mana T_T really hope im gonna enjoy my life there :)

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

@Anonymous 1 It's okay dear. I'm glad to be able to help my junior (:For MDS bawak basic stuffs je, and barang barang lain tu boleh slow slow bawak bila awak dah kat Kuantan nanti :D

Anonymous said...

nur dina najwa..really ke mcm tu?..
xdaftar kt jengka??

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

@Anonymous 2 For students asasi/foundation macam kita, kita dapat duit yang dipanggil as ELAUN and not BIASISWA or PINJAMAN(: You have to pay your yuran pengajian bila bila nak, before MDS or after MDS pun it'll be fine. Bayaran tu boleh buat kat Bank Islam. Yang elaun tu, diorang akan masukkan sekaligus dalam your Bank Islam account. During my batch, I got RM 1900+, so memang dapat seketul RM 1900+ tu lah. Cuma atas nasib, ada yang dapat awal and ada yang dapat lewat sikit (:

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

@Nur Dina Najwa err tk tau pulak during your batch kena bawak ke tak x-ray report. During my batch kena bawak masa MDS (: And during my batch, kitorang kena daftar kat Jengka during MDS but borang perjanjian asasi kena submit masa dah kat Kuantan. Do alert with the instructions okay dear :) And yeah, best of luck in everything. InsyaAllah you'll be fine. Jauh pun takpe, kita kan nak belajar :D

Anonymous said...

salam . sya dari p.pinang . male.

just nak tanya sikit, do we need laptop untuk first few weeks? sbb takot nak bawak for MDS week tu . plus , ada kedai laundry tak? atau kena basuk sendiri ? thanks :)

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

Waalaikumussalam @Anonymous (: You don't need to bring your laptop during MDS and during your first few weeks. Kedai dobi ada, you just have to walk for 2-3 minutes to reach there. Tapi kedai dobi tu sangat cekik darah so better don't go for it. Ada alternative lain which is to do your laundry dekat washing machine yang ada kat bawah blok tempat korang duduk. 2 ringgit je :D

Amirul said...

as-salam :)
first of all, ur blog really made my day :D
juz wanna say thx haha..
i saw dina's comments and, ipoh is considered jauh?? sori my geografi aint that good.. im from n9 btw..
nice tu meet u, akak :)

if its possible, can u tell me the greatness of taking this? not much, just that, peluang kerja je.. i got it here too, uitm kuantan.. but parents dislike me taking tesl, although i really love it.. haihh, problemo..

oke sorry if i bothered you, i added u in fb though.. still pending, haha.. ;)

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

Waalaikumussalam @Amirul First of all, ya Allah akak mintak maaf sangat sebab tak approve your friend request kat FB 'cause I rarely approve orang :| Haha. But no sweat, akak dah approve. Hihi sorry for the delay :D Ohh ye regarding Dina tu, yeah Ipoh is considered as jauh for me sebab during my batch, kitorang semua from Pahang, Kelantan and Terengganu SAHAJA. Takde dari negeri lain. Your batch is kinda unique, you know? Haha. Nice to meet you too (:
Hm kelebihan ambik TESL ye? Sangat banyak actually dik. Awak baru nak ambik asasi TESL, and if you don't plan to teach (to be a teacher/lecturer), takpe. Taking asasi TESL tak semestinya you end up jadi cikgu. Bear this in mind, okay? Unless, lepas habis asasi, you go for Bachelor in Education TESL, so yeah, kena mengajar. Em faham akak cakap apa tak? Heheh. Harap awak faham lah (:
Ohh ye, career line ye. Banyak, you can either be an editor or work in human resource department, public relations. Banyak lagi sebenarnya. You know, English has being used widely nowadays. Now, government kita sangat perlukan orang yang expert in English and Mandarin. First thing first, buang dalam pemikiran yang by taking TESL, you have to be a teacher. No. Btw, nak ambik asasi TESL bukan mudah dik. Tak macam program lain. Kita ditapis tapis tapis tapis. Daripada beratus ribu permohonan, cuma ada around 500 students asasi TESL je yang UiTM ambik every year. You should be very grateful, and proud :p Haha.

Amirul said...

:D
very much thanks.. i'll try explain this to my parents, although i did plan to be a lecturer in the end >.<
yea mmg agk ssh la nk dpt TESL ni, my nearest friends failed, all three of them..
so, peluang kerja mmg wide la ye? thx again.. i already found a friend who's currently taking degree in TESL, he said kerja byk gak, but parents said otherwise..
uhh, kalau tk menyusahkn, mintk doakn lembutkn hati mereka eh, i need their blessings on this.. huhu..

u helped so much.. is there anything i can do in return? :D
really appreciate ur help

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

Ohh ye, additional information for you. If you are interested to be a lecturer, UiTM ada offer jadi part-time lecturer untuk students dia after buat B. Ed TESL. But requirement tinggi lah, score for it (: Peluang kerja sangat wide, no worries. Terangkan elok elok kat parents, InsyaAllah diorang faham. Okay? Haha I didn't help that much dear, sikit sikit je, apa yang boleh tolong. I didn't hope for anything in return, tapi kalau boleh tolong doakan akak dapat program terbaik untuk degree ;) Hihi thanks! :D

Amirul said...

oh yea, heard about that lecturer thingy in UiTM.. aiming for that actually :)
ok thx, lets pray for us TESL-ians :D (hope so, lol)

nur dina najwa said...

emm ipoh quite far laa amirul..btw,hiii haha.#semangat jap :P emm yup gonna dftar at jengka..emm as i said just now,i came from ipoh which is quite far..so im bringing all my stuffs to jengka..emm agak bnyk.at first,i told my mom yg tak perlu bwk bnyk dulu sbb nt susah kn..but then she said i have to bring all bcs i dont know when im going back or when they're coming to see me..huhu.oh ya,can we bring iron?n if bring like phone charger,do we need to daftar mcm uni lain??hope so not!haha

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

@Nur Dina Najwa takpe kalau nak bawak semua. Just that nanti naik bas from Jengka to Kuantan, you have to bring all your stuffs tu lah. Hihi. Tapi takpe, kawan kawan ada. TESL family sangat suka tolong menolong (: Iron? Of course boleh bawak. Tapi for sure kena daftar lah sayang. RM10/electric stuff untuk satu sem :)

Anonymous said...

kak, lets say lepas dah habis buat tesl ni? skop yang stident blh prgi ke arah teaching je ke?

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

@Anonymous kalau lepas habis buat asasi TESL, jawapannya tak. Boleh pergi mana mana je untuk degree nanti kecuali of course lah science, medic and engineering kan? Boleh buat masscomm, business etc. And other English program macam English for Professional Communication (EPC) kalau taknak jadi cikgu. Tapi kalau sambung Bachelor in Education TESL lepas commplete asasi TESL, hah tu yelah nak jadi cikgu (:

najihah naz said...

Salam..akak..wanna ask about the lappy..lets say i need to bring my lappy since my first day cuz i'm from kedah and it will be a little bit hard if i didnt bring it straight away...will my lappy be safe and during the mds...will we get a locker?

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

Hi there @Najihah Naz (: Waalaikumussalam. It's okay 'cause you'll be given your own locker during MDS. Don't forget to buy lock lah, tau? To be secured. And jangan lupa kunci locker awak tiap kali ada aktiviti. Okay? Tu je akak nak ingatkan :)

Anonymous said...

akak..
di uitm kuantan boleh pakai jeans semasa kuliah?

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

@Anonymous Boleh je (: Legging and short tak boleh lah. Haha. Boleh pakai apa je macam baju kurung, kemeja, t-shirt, long skirt etc time kuliah, asalkan sopan dan tak ketat. Kalau ketat nanti kena kompaun/denda/saman. Lelaki boleh pakai t-shirt pergi kuliah, asalkan berkolar. Tak berkolar jawapannya tak boleh :)

Anonymous said...

dulu akak punya baju putih macam mana? baju sekolah blh? hahahaha

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

Haha baju kurung for siswi,and kemeja for siswa. Baju kurung tu depends lah macam mana cutting dia as long as baju kurung lah. Haha. Kemeja tu pun bantai je kemeja apa, kemeja sekolah pun boleh. Sebab baju putih + kain/seluar hitam tu untuk majlis perasmian penutup MDS (:

najihah naz said...

hehehe..tenkiu for da advice!
by the way akak...in uitm..boleyh ambk minor x time kita tgh wat degree??i mean like...major tesl..then minor smthng else like business admin@journalism??
and also for da lecturer part..in form of number..how many students do they offer to be a lecturer in a year?

Anonymous said...

akak..mse perasmian MDS,warna tudung bebas atau putih?..

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

@Najihah Naz welcome dear (: Err time degree akak tak dapat apa apa info lagi lah sebab akak pun tengah tunggu UPU ni. Sorry ye. Karang takut akak tersalah cakap, hah salah maklumat pulak awak. Hihi.
Hm yang lecturers tu pulak, tu depends on keperluan pendidikan, okay? Tapi kalau awak keluar dengan Degree, awak kena jadi cikgu lah. Nak jadi lecturers, awak kena ada at least masters (:

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

@Anonymous tak bebas, awak kena pakai either hitam atau putih. During your MDS akan datang ni akak tk sure pulak warna apa. Tapi make sure awak bawak dua dua tudung tu, okay? (:

Anonymous said...

akak..time mds nanti perlu ke bawak bantal n cadar segala? im confused..if time cuti lepas mds balik ambik barang2 boleh tak?? btw im from selangor~ thanks ^^

Ɲur Alıα Syαfıqαh (: said...

@Anonymous nanti during MDS memang awak kena bawak cadar + bantal + sarung bantal + selimut sendiri sebab awak cuma akan receive tilam kosong and locker je dalam bilik tu (: Akak tk sure awak ada cuti ke tak lepas MDS macam batch akak dulu. Kalau ada, boleh la balik. Kalau takde, then your parents have to send your stuffs kat kampus Kuantan lah :)

Anonymous said...

mcm malu je nk bawak barang bnyk2..
hehe..

Anonymous said...

owh..macam tu..tapi susahkan family pulak kalau nak suruh hantar barang dekat kuantan..so tak pe la if nak bawak semua barang time mds? but tak susah ke nak angkut semua barang naik bas nanti time otw ke kuantan? pelik pulak nanti nak bawak bantal peluk naik bas.hehe..i can't live w/out my bantal peluk.. what about lappy pulak? sebab akak cakap better tak bawak time mds..so if tinggalkn nanti kena ambik jugak time lepas mds coz nak guna kann..sorry sebab soalan pelik pelik..seriously tak tau nak tanya kat siapa dah...fening~~ :D

Anonymous said...

akak..nanti if dia bagi cuti selepas MDS..if dia bagi cuti la..kalau kita tak balik boleh?? I mean terus pergi kuantan?

muhammad faiz said...

Im already here..hope to see u :)

muhammad faiz said...

Im already here..hope to see u soon :)

faiezakhbar said...

Salam..kak boleh x senaraikan degree yg boleh diambil selepas habis asasi tesl...

Anonymous said...

akak,,sijil kite semua kene copy ker??

Shen said...

Wow akak, you helped me a lot. Satu2nya blog yg byk membantu, thanks a lot!! Mulanya mmg dh ada list nk tanya soalan2 tapi byk ug dah yerjwb. Sy ni bukan je nervous tpi bercampur baur ngn takut segala, haha. Byk info sy dpt thanks to akak, THANK U BYK2!!! Sy batch 2014/2015 haha nmpk gayanya mmg junior btul2 lah ni lmao

Have a nice day! Sy dtg lg bila perlu hehe