Masuk je 20 April pukul 00:00, aku dengan beberapa orang kawan aku dengan semangatnya bukak laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk cek status permohonan kami sama ada boleh ke tak ambik ujian bertulis MEdSI. Cek punya cek tiba tiba :
Maaf, permohonan anda tiada dalam rekod kami. Sila pastikan nombor kad pengenalan yang betul.
Kitorang pun apa lagi, cuak dah -_____- Takut permohonan kitorang tak di proses pun. Padahal dah confirm sangat yang UPU dah selamat diterima. Beratus kali try tapi tetap takde dalam rekod. Bengang lah jugak kan -.- Pastu aku cakap kat diorang, maybe 9 pagi baru boleh start cek macam result UPU kita dulu kot. So tidur dulu. Tidurlah konon.
Pagi pagi tu aku gerak pergi KL dengan Ummi, dengan Abah. So try cek dalam kereta lah konon. Online, pastu try cek tak boleh jugak -.- Padahal masa tu dah pukul 9 lebih. Lagi la tambah tambah bengang. Satu lagi, tak sedap duduk rasa. Sebab takut permohonan memang tak diterima. Haihhh. Pastu tiba tiba,
Alhamdulillah, bukak bukak laman web MPM, boleh dah cek. Dan, ni slip MEdSI aku,
1. TESOL kat USM
2. TESL kat UM
3. TESL kat UiTM
4. Pend. Awal Kanak-kanak kat UPSI
Tak kisah lah aku dapat mana pun untuk degree nanti. Yang penting, aku kena usaha dulu untuk ujian bertulis MEdSI pada 28 April ni. Tak lama dah. Lebih kurang seminggu je lagi. Dan untuk kawan kawan yang dapat jugak MEdSI tu, BEST OF LUCK! Buat yang terbaik, dan semoga kita dapatlah apa yang kita hajatkan (: Aminnn.
2 comments:
Ish... tamak! Empat sekaligus?!
Congratugation... hu3
All the best :)
Haha Alhamdulillah :D You too, best of luck! May He makes things easier for us and gives us what's best, InsyaAllah (:
Post a Comment