Sunday, April 15, 2012

PESANAN ARWAH ATUK.

Arwah atuk keturunan Arab. Arwah atuk putih, hidung mancung macam arwah adik beradik dia yang lain.
*Kat cucu dia yang sorang ni tak sampai ke-putih-an dengan kemancungan tu, kenapa entah -.-
Dulu masa kecik kecik, duduk kat Kota Kinabalu, Sabah. Dari lahir tu sampai lah umur 8 tahun. Tapi takdelah jarang balik jumpa atuk kat Semenanjung. Raya mesti balik, adalah balik dua tiga kali setahun. Arwah atuk bukan jenis yang banyak cakap. Tapi sekali dia bukak mulut, kata kata dia memang bermakna and penuh maksud tersirat. Cerita ni daripada ummi. Ummi baru bagitahu haritu masa dia tengah drive. Time tu kitorang berdua je dalam kereta. Macam mana entah terbukak cerita pasal arwah atuk. Cucu dia semua panggil dia Tok Ki.

"Dulu kan, arwah Tok Ki ada pesan kat ummi, masa tu Along baru dalam dua tahun tapi masa tu mulut tengah cerdik lah, banyak sangat mulut. Orang orang ni suka lah layan along bercakap cakap. Pastu arwah Tok Ki pesan kat ummi, jaga Alia tu baik baik. InsyaAllah besar nanti dia banyak membantu. Ummi tanya lah, kenapa cakap macam tu? Arwah Tok Ki tak jawab cuma dia ulang banyak kali suruh jaga Along baik baik. Ummi dah faham dah Tok Ki memang takkan bagitau maksud ayat dia tu jadi tak tanya lah banyak kali."

So Ummi kata dia tak tahu apa maksud arwah cakap macam tu. Cuma Ummi kata, harap harap kalau jaga Along baik baik, in the future Along akan bagi benda baik in return kat Ummi, kat Abah. Risau jugak kot kot maksud Tok Ki tu nanti Along bawak benda tak elok untuk keluarga. Hihi aku pun tak tahu lah apa maksud arwah Tok Ki. Seriously, harap harap apa yang arwah maksudkan tu benda baik lah. InsyaAllah, aku takkan buat benda yang tak elok. Ummi dengan abah dah bagi yang terbaik untuk aku, tak pernah kurang even sikit dari kecik sampai lah sebesar ni.

Arwah Tok Ki pernah cakap kat sorang sepupu aku, "Yuzairi ni besar nanti lain sikit ni. Orang lelaki yang nama hujung dia ada perkataan 'Ri', bulu mata lentik, biasanya bermasalah. Bulu mata tak lentik tak apa." And yeah, terbukti benda tu bila sepupu aku ni pernah hilang tanpa dikesan sampai kena berubat bagai. Wallahualam.

Arwah atuk seorang yang cerdik, berilmu. Aku bangga jadi salah seorang cucu arwah atuk. Ramai yang hormat kat dia, sebab tahu macam mana tinggi ilmu agama dia. *Aku pernah kena marah masa kecik dulu sekali sebab tak mengaji lepas solat -____-" Serik dah lepastu Haha. Arwah atuk seorang yang sangat alim, mungkin sebab latar belakang keluarga arwah yang datang dari Tanah Arab sana. Mungkin.

Masa arwah atuk meninggal dulu, lapan lapan anak ada kat sekeliling dia. Cucu pun ada. Arwah atuk meninggal kat rumah dia atas tilam. Aku ada masa arwah meninggal. Cara arwah atuk meninggal sangat mudah. Teringin aku nak meninggal macam arwah atuk. Dikelilingi keluarga, sempat mengucap, meninggal dengan tangan dah dikiamkan sendiri. Arwah atuk meninggal sebab sakit tua. Masa arwah atuk meninggal, aku menangis bagai nak rak sebab aku antara cucu yang paling rapat dengan arwah. Mengaji dengan arwah, kira memang rapat lah. Sedih, walaupun masa tu aku baru darjah empat kot. Aku tahu lepas ni aku tak boleh dah jumpa arwah.

*Untuk arwah Tok Ki, terima kasih sebab membesarkan seorang anak macam Ummi yang sangat sempurna bagi Along and adik adik. Terima kasih jugak sebab ajar Along mengaji, ajar cara solat yang betul, ajar Along yang tutup aurat tu wajib. Semoga Allah tempatkan arwah Tok Ki dalam kalangan orang orang yang beriman. Aminn

1 comment:

Anonymous said...

ala along....rindunye kt arwah toki..dala br pas kndri...klu arwah de mst lg meriah kn...miss him so much....diela datuk yg terbaik skli dlm hdp kita kan...kak yani ingt lg ms kecik dl klu blk kg,pg2 sape x bgn smyg sbuh,,sapecx mndi pg n x sarapan xlh msuk dan amik brg kt kedai..hehe