Setelah berminggu minggu pening, bukak tutup bukak tutup laman web UPU tu, akhirnya berjaya jugak aku isi dengan jayanya.
The problem now is .. Aku tak print out pun benda alah yang aku dah apply ni. Aku print screen je -.- Lupaaa. Aku ingatkan lepas 2 April tarikh tutup tu aku still boleh print out rupanya tak boleh dah. Em lantak lah. Yang pasti dia dah tulis besar besar permohonan aku dah diterima so kiranya dah diterima lah tu kan.
Oh yang kat atas ni pasal koko aku. Dulu sekolah boleh lah CGPA koko tinggi. Nasib baik dia suruh masukkan CGPA time sekolah. Buatnya suruh masuk apa yang aku join masa asasi, memang failed lah. Tak banyak pun aku join. Aku bersyukur sangat suruh kitorang ni pakai CGPA koko sekolah. Ni dah lah setakat pointer 3.4, pastu koko pulak harem nak join masa asasi ni, berapa jelah markah meritokrasi aku. Entah nombor berapa lah kedudukan aku dalam ranking students lepasan asasi agaknya.
So sekarang ni apa yang aku boleh buat adalah berdoa banyak banyak agar aku dipanggil untuk MEdSI. Dengarnya panggilan untuk MEdSI keluar 20 April ni. Tak lama dah ni. Dan dan kalau dipanggil, aku harap aku dapat buat yang terbaik. Rasanya macam test sebelum aku masuk MRSM kot. Ala ala padan tak aku ni nak jadi budak MRSM. Macam tu jugak MEdSI agaknya, nak tengok padan tak aku ni jadi cikgu. Ehem. And and, result final exams aku InsyaAllah akan keluar 27 April. Awesome kan? GPA sem 2 ni akan menentukan CGPA aku untuk asasi aku. Ya Allah, semoga keputusan tu tak buat aku down. Aminn
1 comment:
InsyaAllah, mudah2-han dptlah IPTA yg terbaik utk future Alia
But, nape x save page UPU tu? aiyoo...
Post a Comment