Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, March 11, 2012

STUDY WEEK aka OUTING WEEK FOR US!

Minggu ni study week, SEPATUTNYA. Tapi tak macam study week pun sebabnyaaa .. Banyak test kena hadap dalam minggu ni. Kelas aku hari Isnin ada test 2 Basic Principles in Education, pastu hari apa entah ada test 2 Literature, test 3 Grammar, In-class Grammar test bagai. And plus, ada kelas Grammar pulak tu hari Khamis -.-" Penat memang penat, tapi macam sedih lah sebabnya itu tests and kelas terakhir kitorang sebagai pelajar asasi TESL UiTM Kuantan batch 2011/2012 :') 
Ohh yee, walaupun ni study week, aku tak tahu lah apa kena dengan aku and some of kawan kawan aku yang jadikan study week ni sebagai
movie week, shopping week,outing week, spending money week.
Nak kata tak tahu yang next week dah final exams, memang tipu lah kan? Haha. Minggu ni kerja aku asyik keluar keluar dan keluar. Dengan mereka mereka yang sama pulak tu. Serious seronok. Keluar dengan classmates aku sem 2 - my beloved CR ; Farizul Ikhmal, and two good friends of mine ; Lokman Naim and Syameer Ezral. Sumpah kelakar diorang ni. Dah lah panggil aku "along" sebab kononnya aku independent, suka jalan laju sorang sorang time jalan dengan diorang -.-" Tibai lah korang nak panggil apa pun. Tengok movie apa eh dengan diorang bertiga ni? Ghost Rider. Hah yelah. Sumpah bosan sangat movie tu. Aku dengan Farizul Ikhmal siap baik punya lentok dalam hall tu. Syameer
pas sudah duk sindir aku sebab 'tidur' time tengok movie tu ceytt!
Pastu gi tengok cerita apa lagi eh? Ohh yee This Means War.
Pergh! Kelas okay cerita ni? Ada lah scene censored sikit tapi yang best nya theme 'friendship' dalam movie ni. Awesome sangat and yang menambahkan ke-awesome-an movie ni adalah ke-hansome-an dua watak utama nya. Hahah. Aish.
Pastu tengok John Carter pulak. Fineee the best movie of the year bagi aku. Best sangat sangat! 2 jam 12 minit dalam hall tu tapi tak rasa bosan pun. Memang tersangatlah best movie ni. Bak kata Farizul Ikhmal dalam updated status dia kat FB ; Proud to be the 1st Kuantanese to watch John Carter. Kitorang dah lah ada kelas Grammar petang tu, tapi relax je masuk kelas lambat semata mata nak jadi yang first tengok John Carter. Akibatnya, kitorang berdua masuk kelas Grammar lewat setengah jam (: Pergi tengok dengan Syauqi. Syauqi takpelah takde kelas sebab kelas dia dah habis pagi tu. Haha rushing je balik kampus dari ECM marathon dengan diorang berdua. Kenangan nyaa :')
Sooo dah habis semua latest movie aku tengok minggu ni, finally Jumaat 9 Mac, aku start study. Ehem. Study phonetic symbols. Beratus perkataan buat malam tu sampai lah Subuh. Puas hati sangat rasa. Stay up dalam bilik Zu dengan Lin (: Buat phonetic bersama Lin ;) Zu dengan Qamell tidur, aku dengan Lin stay up, pastu lepas solat Subuh, aku dengan Lin tidur, Zu dengan Qamell pulak study. Hoho. And tadi study Reading + Grammar. Apapunn, FB tetap tak boleh diabaikan. Study tu study lah, online tetap online, status tetap di update :p 
Semoga kali ni, Allah permudahkan urusan aku dan kawan kawan aku dalam menghadap final exams. Semoga dapat result yang lebih baik dari result sem 1, InsyaAllah. My fellow TESL mates, semoga kita berjaya sama sama, and sama sama dapat sambung course yang kita nak (:


GOOD LUCK FOR FINAL EXAMS
DEAR FRIENDS! (:

2 comments:

Wan Syauqi Wan said...

Wah.. ada jugak nama kita kat situ...
Terharunya... hehe..

aliasyafiqahh said...

Haha Syauqi je tak sebut nama Alia dalam blog :p