Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 06, 2012

SIXTH SENSE?

Assalamualaikum (:

Pagi Isnin, pukul 2 lebih. Aku dengan roommate aku Ein tengah bertungkus lumus menyiapkan assignment. Mengadap laptop masing masing dengan muka yang sangat bersemangat. Tiba tiba terdengar bunyi bising bising kat koridor. So aku pun bangun, intai. Nampak lah budak budak 3rd floor ni tengah duk baca Yaasin dengan ayat Kursi kat luar pintu bilik 305, which is bilik Dila. Aku pun keluar, intai dalam bilik dia, nampak dia tengah duduk atas lantai sambil dipegang Huda and Iqa. Masa tu, aku tak rasa apa apa and tak nampak apa apa langsung. Disebabkan aku tak rasa, tak nampak, aku anggap Dila sengaja nak 'gurau gurau manja' dengan rakan rakan se floor. Aku berdiri luar pintu, tak buat apa apa sebab seriously masa  tu, aku tak dapat any sign yang ada 'benda' tu kat dalam dia, dekat dengan dia or ada dalam bilik tu. So aku buat bodoh je, terus masuk bilik aku balik. Dalam hati cakap,'Okay fine aku tak rasa, aku tak nampak, so maknanya, benda tu tak kuat or maybe takde langsung pun sebenarnya. Maybe dia nak main main. Kalau ada pun, takkan melarat. Kalau betul ada, aku dah nampak dah'. Aku sambung buat kerja dalam 10 minit, tiba tiba rasa tak sedap hati. So aku intai balik kat luar, aku tengok budak budak ni still ada kat luar bilik tu, baca macam macam. Aku pun pergi balik bilik tu, and masa tu lah, aku nampak 'benda' tu tengah peluk Dila. Aku suruh diorang yang kat luar ni terus baca Yaasin, ayat Kursi and aku masuk dalam bilik tu, pegang Dila kejap. Aku suruh Huda and Iqa yang ada dalam bilik supaya keluar sementara aku panggil polis bantuan. Lepas turun panggil, aku naik balik and bilik tu kosong, tinggal Dila sorang sorang atas lantai. That 'thing' masa  tu tengah duk peluk Dila lagi, taknak lepas. Aku sorang masuk dalam bilik tu, duduk dengan Dila, budak perempuan lain ada kat luar pintu tak berani nak masuk. Time aku pegang Dila, rasa sangat 'benda' tu menjalar dalam badan dia. 'Benda' tu tengah peluk dia so in order untuk aku angkat Dila, aku kena angkat 'benda' tu sekali. Sangatlah berat aku rasa masa tu. Padahal dari tempat Dila duduk dengan katil dia tu, dekat gila je. Aku pegang kepala dia, usap sikit, baca baca sikit apa yang pernah aku belajar, dia diam je. Aku peluk Dila together dengan 'benda' tu and rasa macam nak lemas. Rasa bilik tu sumpah kecik. Lepas tu Dila diam, so budak budak perempuan yang baca Yaasin kat luar pintu ni stop baca. Time stop tu lah hah, Dila ni bangun, mengilai. Mahu tak bertempik, berlari sakan budak budak kat luar ni. Baru nak sambung baca balik. Aku terlepas Dila, Dila berdiri kat muka pintu, muka dia macam tu, siapa yang boleh nampak, akan tahu muka Dila masa tu macam mana. So not Dila :| Aku baca baca, grab lengan dia, masa tu mata dia besar bulat gila tengah stare kat aku and budak budak yang tengah baca Yaasin dua tiga orang tu. Yang lain duk bertempik lari dah masuk bilik. Aku cepat cepat tarik dia, tutup mata dia dua dua dengan tangan aku and bawak dia kat katil semula. Perasaan aku time tu, bila tengok muka dia yang 'bukan Dila dah tu', Allah je tahu. Lepastu aku baca baca kat telinga dia, bisik kat dia cakap "Dila kena kuat, jangan ikut sangat perasaan tu, dia pun makhluk Allah jugak. Saya boleh tolong Dila dari luar je, dalam tu semua terpulang pada Dila". Aku bukak tangan yang cover mata dia tadi, tengok dia dah tak sedar. Budak budak yang lari tadi datang balik, sambung baca Yaasin. Tiba tiba Syed datang, masuk bilik. Duduk kat bawah. Aku teruskan baca baca apa yang aku tahu, peluk dia kuat kuat sekali dengan 'benda' tu. Takde pilihan. Kalau aku tak peluk 'benda' tu sekali maksudnya aku tak boleh peluk Dila. Dalam bilik tu masa tu ada aku, Dila and Syed. Tiba tiba Izhar masuk. Izhar pegang kaki Dila dengan sapu tangan. Syed baca baca lepastu Syed tanya,"Alia, dah keluar ke?" Aku cakaplah belum. Syed cakap ehh dah keluar kot. So aku tepuk tepuk pipi Dila, Dila tersedar. Aku tanya,"Ni siapa?". Dila tak jawab. "Kenal tak depan Dila ni siapa?". Pun tak jawab. Time tu aku rasa nak pengsan sebab tiba tiba rasa sesak. Aku cakap kat Syed,"Benda ni ada lagi". Syed terus sambung baca balik, renjis renjis air kat Dila. Time tu lah aku nampak 'benda' tu tengah bertenggek atas Syed. Aku diam je. Aku rasa Izhar nampak jugak kot sebab dia pun boleh nampak 'benda' macam tu. Si Dila ni masa Izhar picit ibu jari kaki dia, dia bertempik. Suara dah macam apa dah masa tu. Aku ni yang tengah peluk dia sorang sorang ni tahan jelah dengan sesak dada nya. Tiba tiba dia lembik gitu je. 'Benda' yang ada kat Syed tu pun dah hilang and aku rasa tak sesak dah. So Alhamdulillah, Dila pun sedar. Tanya tanya dia balik, dia sedar lah dia tu siapa bagai. So settle lah. Jadi pagi tu kantoi lah bahawasanya selama ni saya boleh nampak 'benda benda' itu. Em lepas kejadian tu, badan aku sakit sakit. Tangan kanan yang aku guna untuk peluk Dila tu tak boleh angkat. Lenguh macam apa je. And aku tak boleh tidur, sampailah pagi. Lepastu je dan tidur jap sebelum test Basic pukul 10 pagi. Syed dengan Izhar pun alami benda yang sama. Em satu lagi. Aku dapat cerita daripada someone, actually time aku tengah peluk Dila tu, 'benda' tu tengah duk peluk aku. Fine -___-" Pelik kenapa aku tak nampak 'benda' tu peluk aku. Tapi maybe itu jawapannya kenapa aku rasa sesak dada time tu. Hm

*Aku boleh nampak 'benda benda' tu since kecik lagi. Tapi aku tak pernah cakap kat orang, even parents aku pun tak tahu. Dah terbiasa, so aku jadi kalis dengan 'benda benda' macam tu. Kadang kadang aku terfikir jugak, kenapa aku? Then only I realized, aku sepatutnya bersyukur dengan apa Allah bagi ni. Tak semua orang dapat tengok dunia lain kan? Dengan benda ni, buat aku sedar, bukan manusia je makhluk Allah yang ada kat muka bumi ni. Jadi, hidup kat dunia, kena saling hormat menghormati. Setakat ni Alhamdulillah, even aku nampak benda tu tiap malam, tak pernah aku kena possess ke apa. Alhamdulillah, tak mintak pun. Harap itu last lah untuk sem akhir ni (: Cheers people! ;)

1 comment:

Mieza Everdeen said...

jaga diri baik2 alia, u're special. i cant see it, i just can sense it. masa akak kat asasi melaka dulu penah kena kacau teruk berhari-hari smpi dmm panas, 'dia' ikut akak. alhamdulillah kat shah alam takde kena lagi :)