Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 21, 2012

SPORT SPORT DAN SPORT!

Sejak bergelar pelajar lepasan sekolah, seriously aku tak involve dalam apa apa sport pun. kesihatan tak mengizinkan :') tapi kan, bila benda yang kita dah biasa buat, then kita tak buat, rasa tak lengkap sangat hidup. curi curi masa sem 1, aku join futsal tournament anjuran UiTM Kuantan. and rasa puas sangat dapat score 3 gol. heheh. lama dah tak ber futsal.

Time sekolah rendah, aku main badminton. since darjah 1, abah train aku supaya jadi badminton player. and sampai form 5, aku main untuk Pahang. bagi aku, badminton ni satu sport yang best, and boleh pergi jauh kalau betul betul minat. cumanya, tak ramai players yang berbangsa Melayu. teammates aku pun ramai Chinese and kalau pair pun biasanya aku pair dengan Chinese. ohh btw, ada kawan aku, badminton player jugak, Melayu, menggunakan alasan ber badminton untuk tidak memakai tudung. aku rasa, sama je kalau main badminton pakai tudung pun, aku main selama ni takde masalah pun. pandai pandai lah bentuk tudung tu supaya tak tercabut time smash (: Coach aku datangnya dari Bentong, coach Rashid kot kalau tak silap. selalu panggil "coach" je, tak ingat nama dia. ehem. dia best, kalau smash memang pergh lah kan. train team aku and daerah Pekan. muka dia macam Misbun Sidek. wahh! :D

And sekolah rendah jugak, aku involve dalam lompat jauh. masa tu aku antara yang terkecik kat Assunta Convent, so senang lah nak melayang layang time lompat. lompat tinggi pun aku join, cumanya takde lah hebat sangat. setakat wakil daerah Kuantan lepas lah. and aku tak involve langsung dalam benda bukan bersukan macam choral speaking, pubic speaking, choir. tak minat :| aku cuma jadi emcee untuk acara kat sekolah, tu je.

Sekolah menengah, aku mula berjinak jinak dalam debate. form 1-3 kat SMKAA lebih aktif aku ber debate berbanding kat MRSM time form 4-5. apapun emcee tetap di hati (: and since aku form 1, aku jadi commander kawad kaki. ehem. time camping ke apa, commander kadet lain semua besar besar. tapi kisah pulak aku kan? yang penting suara aku kuat untuk bagi command kat anak buah. form 1, segan wehh bagi command kat senior senior :} tapi nak buat macam mana, tanggungjawab. and since form 1, aku masuk Kadet Pertahanan Awam (KPA), sampailah aku form 5. setia woo! kat Kuantan best sikit sebabnya setiap Rabu akan ada 3 or 4 pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam yang akan pantau aktiviti kawad kadet aku kat sekolah. and kadang kadang kitorang kadet kadet KPA ni akan ke pusat latihan JPA3 kat sebelah Kuantan Parade, buat latihan dengan kadet kadet KPA dari sekolah sekolah lain daerah Kuantan. time tu lah semua sekolah nak tunjuk hebat. al-maklum lah -.-" pegawai pegawai JPA3 semua best best and sporting. time camping daerah, negeri and kebangsaan, diorang boleh dibuat kawan macam abang and kakak. time aku form 4 and form 5 kat maktab, tak best sangat sebabnya teammates tak sama kan. geng kadet aku kat sekolah lama semua dah ditinggalkan. bukan lah tak best cuma nya masa mula mula tu macam tak ngam mana lah. masing masing baru. disebabkan aku dengan KPA ni since form 1, so time form 4 kat maktab, aku diberi kepercayaan untuk mengetuai and jadi commander selama 2 tahun. rindu zaman anak anak buah panggil aku "Cik", cakap "baik Cik", "baik Sarjan", rindu nak denda diorang, rindu nak kena denda dengan cikgu kalau aku tersalah bagi command :') time sekolah badan memang fit lah kan, kawad lah, debate lah, badminton lagi. badminton memang aku tak pernah tinggal dari sekolah rendah sampai habis sekolah. form 5, aku jadi VP (Vice President) kadet, ada camping antara semua students form 5. sumpah best! aku kena jaga anak buah perempuan and President aku kena jaga anak buah lelaki. and Alhamdulillah, KPA jadi kadet terbaik (: seronok bila dapat teammates yang sporting, yang dengar cakap.

First batch of form 5 (2010) - KPA MRSM Bentong-Tun Abdul Razak
with Ustaz Wan Marzuki and Cikgu Fauzi

No comments: