Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 24, 2012

TESLIANS .. NI UNTUK KORANG.

Assalamualaikum ..
Harini dah masuk hari kedua kat rumah tanpa kawan kawan. Boring sangat sangat tanpa korang ni. Biasa kalau malam malam je rasa macam lepak kat kedai kopi, semua pintu kat Blok C terbukak, bebas nak masuk pintu tu pintu ni tanpa mengenal erti malu. Rindunyaa :'( Kalau nak cerita dari awal sampai akhir apa yang kita semua pernah buat masa asasi memang boleh publish novel lah kot. Dari lembaga LKPIM sampai lah duduk dalam kampus masa sem 2. Banyak sangat benda buat sama sama.

Dear girlfriends..
Ingat tak dulu kat Lembaga, kita selalu gerak pergi arked sama sama, pergi kelas sama sama. Pastu time sahur, muka mamai mamai sememeh tu bakar roti berjemaah. Bukak puasa sama sama kat tengah tengah dorm. Maggi, Milo Fuse, Nescafe, Campbell, tu semua 'bestfriends' kita lah tu. Heater memang jadi 'friend in need' sebab kita takde watercooler. Rindu nak mandi ramai ramai dalam bilik air. Rindu nak duduk depan cermin bilik air ramai ramai pakai tudung before pergi kelas, before keluar Mega, ECM. Dulu kat Lembaga masing masing rajin je basuh baju pakai tangan. Sentiasa je ada baju tengah rendam dalam baldi dalam bilik air tu. Tapi bila dah duduk dalam kampus sem 2, masing masing jadi malas, berebut guna mesin biarpun 2 ringgit menjadi taruhan. Kalau mesin kanan tu okay lah, yang tak daya nya mesin kiri tu. Suka telan duit kita, buat kerja separuh jalan, tak spin -.-" Mesti ramai dah yang pernah mencarut depan mesin tu kan? Haha. Pastu satu lagi, rindu nak tengok adegan kutip mengutip baju kat ampaian kalau tiba tiba hujan. Haha kelakar je. Ohh thanks korang, sebab sudi ajar macam mana cara pakai kain batik yang betul. Haha. Susah rupanya -.- Dah ikut macam korang ajar tapi tetap tak jadi :\

Arked ..
Dengan kita memang tak boleh dipisahkan. Walaupun asyik lauk yang sama tiap hari, tapi arked lah tempat paling penting bagi kita semua. Hari Ahad je mesti ramai yang sumbat sebab banyak yang tutup. Rindu nak pergi makan ramai ramai, lepak semeja. Kalau dah bergelak tu memang tak ingat dunia. Tak nampak dah kat orang orang yang duduk kat meja sebelah sebelah kita. Sem 1 best sebab takde anjing. Malam malam okay je kalau pergi arked pun. Sem 2 lah anjing banyak. Hobi, kejar kejar kita. Nasib baik ada stall burger depan bangunan Kastam tu, bolehlah hilangkan lapar. Nasi lemak murah, RM1.50 je. Burger mahal -.- Anjing anjing kat bengkel tu walaupun annoying, tapi diorang bagi kita kenangan yang tak mungkin kita lupa. Siapa je yang pernah selamat daripada dikejar? Haha. Diri sendiri dah pernah kena kejar 3 kali sepanjang sem 2. Awesome je rasa. Paling tak boleh lupa bila abang arked muka baik yang buat air tu tolong hantar balik kampus. Haha bagus abang tu. Terima kasih banyak banyak (:

Apa lagi ye? Em oh ye. Cerita cerita horror tentang kampus, tentang Lembaga, tentang kilang percetakan, tentang bengkel kereta. Haha takde cerita tak dengar, takde cerita tak timbul. Time kat Lembaga takde sangat kot. Sem 2 time dalam kampus lah banyak. Pastu semua cerita tu dikaitkan dengan bengkel kereta tempat berkumpulnya kereta kereta lepas accident. Kononnya Polis Bantuan (PB) kata ada sebuah kereta tu yang roh dia terperangkap dalam kereta tu takleh keluar lah apa. Yelah pakcik, yelah. Bagus jugak keluar cerita cerita macam ni. Rajin sikit baca surah tu surah ni ye dak?

Polis bantuan ..
Boleh kira berapa orang je yang okay. Ehh ada ke yang okay? -.- Paling tak boleh lupa, siapa ye TESL C dengan TESL D yang ada masa tengah final CTU yang bas tinggal kita tu? Kurang asam sungguh pakcik tu suruh kita call sendiri bas. Ceytt! Ingat kita ni apa? Mintak tolong pun payah. Sumpah benci. Orang mintak tolong je buat muka. Nasib baik Pakcik Rani ada. Time tu lah rasa Polis Bantuan betul betul tak boleh harap. Last paper lah nak buat macam tu. Orang dah kata solat Zohor dulu, tak faham bahasa punya pakcik -.- Pastu encik Besuni hihi. Kalau dah start bercakap, tak retinya nak stop. Kesian sungguh. Mungkin encik Khairan takmau dengar dia kot?

Lecturers ..
Madam N, Madam Shima, Madam Jue, Sir Nawy, Ustaz Fadhir .. Dua dua sem ada dengan kita, ajar kita supaya jadi TESLians yang bagus. Lepastu ada Madam Laily, Dr. Rahmah, Madam Neshibah, Madam Aiza, Madam Zalinda, Madam Syima. Mereka pun banyak bagi tunjuk ajar kat kita. Thanks dear lecturers. Tanpa diorang entah macam mana lah kita. Sir Nawy .. Selalu buat surprise dalam kelas. Pastu kat kelas lain cakap macam ni pasal assignment, kat kelas tu cakap lain pulak. Haha. "Yes No?" Trademark yang sentiasa jadi bualan kita :p Madam Shima pulak,"Should I throw him/her in the drain dear?". Haha. Madam yang sangat baik, sangat lembut yang tak boleh nak marah pun. Paling banyak kenangan, aktiviti dengan Madam Shima lah kot. The Red River Valley, "There is no banana in the sky, in the sky", poco poco. Mesti rindu betapa sporting nya madam Shima dalam kelas Drama. Sangat pupils centered. *Ehh Basic Principles punya term. Eheh

Sem 1, jadi treasurer untuk TESL A. Best tapi sangatlah penat. Sebab sem 1 banyak kutipan duit kena buat, maklumlah first sem, semua buku nak kena beli. Pernah pegang ribu ribu kot dalam satu masa. Time ni lah rasa kaya, purse rasa tebal :p Haha. Sem ni bekerjasama dengan Syed sebagai Class Rep (CR) dan Gg sebagai Assistant Class Rep (ACR). Pastu sem 2 pulak jadi ACR untuk TESL C. Turun kelas ye sem 2. Awesome. Penat jugak sebabnya kena banyak jumpa lecturers, update pasal kelas. Itu belum kira kredit yang mengalir laju bak air sungai. Pergh! Sebabbb, lepas dah call madams, sir, kena text classmates pulak. Sebab tu sudahnya tukar pakai line. Hoho. Parak weh pakai top up. Kaya Petronas. Sem 2 ni bekerjasama dengan CR yang sangatlah rajin iaitu Farizul Ikhmal atau lebih dikenali sebagai Dato' oleh TESLians. Serious beliau ni sangat rajin. Selalu mengeluh sama sama sebab kredit cepat habis. Haha. Eish tak baik sungguh, buat kerja kena ikhlas. Tu tanggungjawab kita. Dan treasurer saya ialah Azyan Syazwani atau lebih dikenali sebagai Gyea :D

Aktiviti ..
Sangat banyak aktiviti sepanjang dua sem kat sini. First sem cuma join futsal tournament je. Tak pasal pasal jadi Kapten TESL A. Haha budak budak ni lah lantik. Tak score banyak pun untuk kelas, 3 je daripada 4. Satu lagi goal disumbangkan oleh makcik saya, Aina Mawaddah. Kami striker. Hohoh. Lama tak main futsal so jadi kekok sangat. Sem 2 pulak sangat banyak aktiviti. Antaranya pergi tengok theater kat KL. Someone Who'll Watch Over Me kot kalau tak silap tajuk theater tu. Best! Tu je yang mampu dikomen. Then, English Week. English Week ni lah rasanya aktiviti yang paling dapat mengeratkan hubungan antara TESLians. Sebabnya, ini aktiviti untuk TESLians sahaja. Jualan, DJ. Pastu ada pertandingan choral speaking. First time jadi conductor. Boleh dikatakan saya sangat hampeh masa tu. Disebabkan faktor ke-rendah-an, terpaksa menggunakan kerusi time conduct -.- Nasib baik tak tergelincir je dari kerusi sebab licin time nak pusing. Bluergh -___-" Pastu time jadi DJ, rupanya ramai yang berbakat. Contoh macam Emi. Haha sumpah best time mic ada kat dia. Sabor jelah gelak gelak macam apa kitorang kat belakang tu. Plus, annual dinner. Time ni jadi committee member. Penat :| Malas lah nak cerita banyak banyak.

Lagi .. Apa ye? Ohh ye time nak balik. Sedih jangan cakap lah. Lepasni susah sangat nak jumpa sebab masing masing duduk jauh. Yang duduk Kuantan ni takpe lagi, boleh keluar bila bila. Yang Kelantan, Terengganu, InsyaAllah time degree lah kot jumpa kalau ada jodoh ada rezeki. Mesti ramai yang end up kat belah belah Selangor, KL kan. InsyaAllah boleh lah jumpa.

Korang .. Thanks for everything. Singgah Kuantan lagi bagitau yee? Takmo lost contact. Pastuu, good luck untuk siapa siapa yang retake MUET haritu :D Semoga dapat apa yang korang nak (: And good luck jugak untuk result final exams! Nanti jangan lupa update result kat group. Update result UPU jugak ye? Maafkan salah silap saya sepanjang dua sem kita belajar sama sama kat UiTM Kuantan ni. To dorm 3 LKPIM, sorry kalau saya bukan dormmate yang baik. Thanks sebab korang sangat caring, selalu paksa saya makan ubat, care pasal saya masa saya sakit (: To TESL A, sorry kalau saya bukan treasurer yang baik. To TESL C, sorry kalau saya bukan ACR yang baik, conductor choral speaking yang baik. Korang semua, sorry kalau saya bukan kawan yang baik. Semoga apa yang kita pernah ada selama dua sem ni tak hilang sampai bila bila. InsyaAllah kalau ada jodoh, ada rezeki, kita semua jumpa lagi. Terima kasih banyak banyak untuk semuanya. Kalau ada apa apa, sila sila lah update kat group kita tu. Ohh ye sorry jugak kalau saya bukan Admin yang baik. Group tu takkan di delete, senang sikit kita nak discuss apa apa, nak plan reunion ke. Jangan leave group tauu -.- Penat nak kumpul 113 kita dalam group tu. Thanks sekali lagi, and thanks sudi baca (: Btw dear bloggers, sila tinggalkan link korang, nak follow ni. Haha. Assalamualaikum ..

4 comments:

Nur Hazwani Iberahim said...

yeah..wani pun rindu semua perkara kat kampus :'(

Qistina Ibrahim said...

rindu alia

Nelliel Nu Eric said...

Nice diary about us, Alia... :) thank, we all miss u for-EVER!!!

Anonymous said...

sedih nye alia syg. huhu :(
rse nak blep kuantan teros.

~cikkyayanx