Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 03, 2011

TAWARAN? MATRIKULASI? FORM 6?

Assalamualaikum dear bloggers and readers (: sejak kebelakangan ini, ramai semua pelajar lepasan SPM sibuk. sibuk apa? kalau anda juga pelajar lepasan SPM, anda pasti tahu, apa yang kita sibuk-sibuk kan sangat tu. tak lain tak bukan adalah berkenaan,

TAWARAN SAMBUNG BELAJAR

seperti yang kita semua harapkan, kita akan mendapat tempat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. yelah kan, takkan lepas SPM, kita nak kahwin terus? mestilah berpandangan jauh, supaya kehidupan kita di masa hadapan lebih terjamin. selain itu, kita mesti nak balas jasa ibu dan bapa kan? terlalu banyak yang mereka dah korbankan sepanjang kita hidup ni. tanggung kita belajar, makan dan minum, pakaian etc.

macam saya, masa di asrama MRSM Bentong-Tun Abdul Razak dulu, homesick tu tak payah cakaplah. biasalah, walaupun anak sulung, tapi manja. HAHA! mengada je lebih. tak pernah berpisah kan? paling lama pun seminggu, duduk dengan nenek dekat sekolah pondok. pengalaman yang hebat (: kelakar pun ada. biasalah kan, cetek ilmu agama, jadi dengan sukarelanya saya ikut nenek pergi belajar agama. HEE :D dan Alhamdulillah, banyak perkara positif yang saya dapat sepanjang seminggu berada di sana.

okay, dah merepek sikit dekat atas tu. HAHA! bukan itu yang saya cuba tayangkan, tonjolkan, pamerkan, ketengahkan sebenarnya (: berbalik kepada topik sebenar,

TAWARAN SAMBUNG BELAJAR

28 April, bersamaan hari Khamis, kecoh sangat dekat group MRSM 1 MALAYSIA tentang tawaran ke Matrikulasi. apakah itu? bagi pelajar jurusan Sains, rasanya, semua tahu tentang Matrikulasi ni. sebab, kita ada mohon sebelum kita menduduki SPM tahun lepas. jadi, hari tu, semua sibuk bukak website Kementerian Pendidikan Malaysia. malam itu, GOOGLE menjadi sangat terkenal dan "hot". HAHA! :D kelakar sangat, semua sibuk, lepastu kecoh-kecoh tentang

MATRIKULASI

dan, setelah saya check laman web Matrikulasi, Alhamdulilah, saya dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Selangor,

Kolej Matrikulasi Selangor di daerah Banting

Facebook pun menjadi hangat, notification mencurah-curah ke ladang gandum, semua sibuk tanya-tanya. 

kecoh dekat group MRSM 1 MALAYSIA
antara post-post nya adalah,

laman web rasmi KPM

Shaffie buat bancian

Shaffie promote Matrikulasi Perak

Amir frust dapat Matrikulasi Pahang

Matrik Selangor?
HAHA! serius lawak sangat malam tu, semua sibuk nak buat geng kononnya. mengada betul.

Dan, 1 Mei 2011 merupakan tarikh ulang tahun pertama kami, pelajar-pelajar MRSM Bentong, berpindah ke MRSM Tun Abdul Razak. ramai jugaklah yang komen-komen kan? rindunya kat maktab 


okay, dan hari ni, ramai jugak yang check tawaran ke tingkatan 6 bawah, tapi malangnya :(


TAK DAPAT!

HAHA! mengarut jelah! sampai hati. bak kata kawan saya, Farid, takde pihak sekolah sudi nak ambil saya untuk masuk sekolah diorang =.=" elehh kan? cakap dekat orang, DIA PUN TAK DAPAT! 

Jadi, setelah dirisik-risik dan merisik khabar berita, barulah saya tahu,

siapa yang dah dapat tawaran mengikuti pengajian di Matrikulasi, takkan dapat tawaran menyambung pelajaran di Tingkatan 6 bawah (:

semoga kita menjadi warga yang berguna demi agama, bangsa dan negara. tak kira di mana jua kita berada selepas ini, sentiasa berusaha meningkatkan prestasi diri, Wallahualam (:

4 comments:

littledolphin said...

saya saja main2 check form 6 tu,tgk2 dpt! rupa-rupanya sebab sy x dpt matriks.haha. btw,malam nk tahu pasal matriks tu mmg kecoh habislah group mrsm 1malaysia.haha :D

aliasyafiqahh said...

haha! dah cek, tak dapat, ingatkan kenapa (: malam tu kecoh nye lah. entah pape je semua. notification takyah kata lah kan? haha! :D

Aku Piee said...

mencapub gila aq mlm tu, haha (:
tq.

aliasyafiqahh said...

haha! piee kan hot kat MRSM 1 MALAYSIA tuh. ramai fans lah katakan :P