Friday, May 06, 2011

ALHAMDULILLAH YA ALLAH

Assalamualaikum dear bloggers and readers (: bagaimana hari anda? bagus? baik? Alhamdulillah :D semoga hari-hari kita diberkati Allah sentiasa, tak kira walau apa yang kita lakukan.

hari ini, 6 Mei 2011, merupakan hari bersejarah bagi pelajar-pelajar lepasan SPM, kerana, kerana apa? kerana hari ini hari untuk membuat

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2011/2012


siapa yang belum cek tu, boleh cek di sini ye, 


mula-mula, awal pagi, kebanyakan pelajar telah online FB masing-masing, semua bangun awal, mandi awal. sama lah macam saya, sebelum azan Subuh berkumandang lagi, saya dah mandi. HAHA! semangat =.=" mengada kan, sebelum ni paling awal pun lepas solat Subuh. jadi, lepas dah mandi, solat Subuh, tolong umi masak sikit-sikit. lepas tu, tengok ulangan Maharaja Lawak dekat Astro Prima. tak lama kemudian, ecehcehh! bangga cikgu Fuad mendengar ayat tersebut. hahah! :P saya pun on lah laptop ni, terus online FB. 

bayangkan semangatnya semua orang, ramai gila online di pagi Jumaat yang mulia ni. hee :D tak pernah macam ni =.=" semua semangat nampaknya. Alhamdulillah, memang patut bangun awal pagi. bak kata ustaz Wan Marzuki, 

"tidur selepas Subuh, rezeki susah nak masuk"

rindu pulak kat maktab kenangan itu indah sungguh (: okay, merepek lagi. adoii. tolonglah alia, sekali je tak merepek. =.=" 

jadi, bermula pukul 12 tengah hari, semua dah mula cek. cek punya cek punya cek, tiba-tiba HANG pulak laman web UPU ni. memang meminta carutan percuma kan? tapi sabar jelah. sebab rasa macam takde semangat pulak nak cek, ramai yang tak dapat apa yang mereka minta. saya pun, bukak lah laman web UPU kan, keluar macam ni,



dengan hati yang berat, masukkan no IC,


kemudian, keluarlah ini,




Ya Allah, masa ni, macam-macam perasaan bercampur baur. gembira, nak menangis pun ada. sebak wehh. sebab tak sangka langsung dapat course ni. interview hari tu merepek sangat. tapi Alhamdulillah. mungkin Allah dah tetapkan ini yang terbaik, jadi, Alhamdulillah Ya Allah. syukur sangat-sangat. ini pilihan pertama, Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi. Alhamdulillah

tak lama lepas tu, umi call dari office. tanya macam mana, dapat ke tak, dapat course apa, dapat kat mana. lepas bagitahu tu, umi senyap kejap. ingatkan kenapa. lepas tu umi cakap, 

"tahniah! Alhamdulillah. Allah permudahkan jalan tu. lepas ni sujud syukur tau, jangan lupa dekat Allah yang dah bagi semua ni. Alhamdulillah. takpelah, lepas ni umi call abah, tadi abah sibuk tanya along dapat kat mana semua. tahniah sekali lagi along, Alhamdulillah"

sedih rasa dengar umi cakap macam tu. tengah sibuk pun ingat lagi dekat anak dia ni. jadi, keputusannya, saya dapat course Asasi TESL di UiTM, Alhamdulillah. tapi tak tahu UiTM mana. kalau boleh, taknak lah UiTM Kampus Kuantan dekat Jalan Padang Lalang tu, dah boring duduk dekat Pahang tercinta ni. nak jugak merasa pergi negeri lain. yang saya tahu, TESL ditawarkan di UiTM Melaka, Shah Alam dan Kuantan. harap-harap dapatlah Melaka atau Shah Alam kan? amin..

mengikut fahaman saya, esok, 7 Mei 2011, bolehlah cek penempatan kita di mana. dekat link ini okay?




dan ini pulak, TAWARAN BANTUAN KEWANGAN ASASI IPTA,




Bantuan kewangan asasi IPTA



Kadar tiket? hee :D

Alhamdulillah, diberi bantuan kewangan (: tak tahu pun sebelum ni =.=" terima kasih Ya Allah :D

jadi, esok Insya-Allah boleh tahu di mana penempatan. so, doakan bersama okay kawan-kawan. harap-harap Allah permudahkan segala urusan kita. emm, esok bolehlah update blog (:

ohh, pengajaran hari ini, emm, saya ada menerima aduan daripada kawan baik saya sendiri, tentang kekecewaan dia, tak dapat course yang dia nak sangat. mungkin ramai yang kecewa, di samping mereka yang gembira kan, tapi, itulah, rezeki semua ditentukan oleh Allah Ta'ala. mungkin rezeki kita kurang sekarang, tapi nasib tak selalunya menyebelahi mereka yang sama kan? setiap orang ada rezeki masing-masing.  memanglah, saya sedih bila kawan baik saya tu mengadu macam tu, rasa nak menangis pun ada, sebab dia berharap sangat dapat tawaran satu lagi tu. saya cubalah nasihatkan dia sikit-sikit, bagi dia semangat sikit, dengan harapan dia tak rasa down sangat. dan Alhamdulillah, saya tahu dia seorang yang kuat, yang tabah, so dia boleh terima apa yang saya cakap. good girl 

  U lah (:

jadi, kesimpulannya, redha dengan setiap ketentuan Illahi, okay kawan-kawan? satu lagi, bagi yang berjaya, TAHNIAH saya ucapkan, dan yang paling penting, jangan lupa ucapkan Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada kita. dan jangan sesekali berasa RIAK, TAKBUR, 'UJUB. nanti Allah tarik balik apa yang telah Dia bagi. haa.. kan menyesal tak sudah. setakat nak share dengan kawan-kawan apa yang kita dapat, takpe. tapi jangan terdetiklah rasa SOMBONG, ANGKUH tu. tak baik. kepada yang kurang bernasib baik tu, jangan lupa, tetap jugak ucapkan Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik semua ketentuan Allah tu. dan sebagai umat Islam, kita WAJIB percaya. jangan meratap, Allah tak suka. ingat, bila kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat-Nya. Wallahualam (:





12 comments:

Sharifah Nur Aina said...

goodluck teacher :) huhu.

nuraliasyafiqah said...

haha! lambat lagi. daftar pun belum lagi. terima kasih ♥

hasmila said...

wah..tahniah..saya pon uitm jugak
tp bukan tesl..hee

Aezudin said...

ohoho.thniah la kamu :D

nuraliasyafiqah said...

@hasmila, terima kasih ♥ uitm di mana? course apa? (:

nuraliasyafiqah said...

@Aezudin, terima kasih ♥ tahniah anda jugak (:

kaKtuS.. said...

thniah alia...
:)

hasmila said...

puncak alam..asasi sains..
:)same-2

nuraliasyafiqah said...

@kaKtuS, terima kasih kawanku ♥

nuraliasyafiqah said...

@hasmila, tahniah (: ♥

Fiery Phoenix said...

heyya sis, dah tahu dapat kampus mana ? btw congrates ya, tesl best tau :)
*asasi tesl uitm melaka, 2010/2011

nuraliasyafiqah said...

kak @fiery phoenix,dah tau kampus mana, Alhamdulillah (: TESL best ye? haha! harap2 tk tersalah pilih course. thank you senior ♥