SELAMAT HARI IBU
hari ini, 8 Mei 2011, tanggal yang bersejarah bagi tahun ini, kepada IBU-IBU di seluruh dunia. emm, Hari IBU? apakah itu? menurut Wikipedia,
Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum IBU,
yang disambut di kebanyakan tempat merata dunia
bagi meraikan dan menghargai seorang IBU
ye, memang betul, tak semestinya kita perlu meraikan Hari IBU pada hari ini sahaja, tiap hari pun boleh. tapi, apa salahnya kalau kita menyambut Hari IBU bersama-sama dengan jutaan penduduk dunia yang lain, betul tak?
hari ini, post saya panjang sikit, nak menceritakan serba sedikit tentang IBU saya, yang dipanggil UMI oleh anak-anaknya.
UMI, seorang wanita yang bekerjaya, tapi tak pernah sekalipun lupa dan alpa tentang tanggungjawabnya sebagai ibu. walaupun saban hari, sehari suntuk bekerja untuk memberikan kami kehidupan yang senang, tapi UMI tetap ambil berat tentang saya dan adik-adik.
lagi-lagi, UMI merupakan seorang ibu tinggal. ibu tinggal bagaimana? bukan bercerai mati atau bercerai hidup dengan abah, tetapi selalulah ditinggalkan abah, atas urusan luar. abah selalu berulang-alik ke KL. pernah jugak abah keluar negara atas urusan kerja selama 6 bulan. UMI lah yang terpaksa menguruskan kami.
emm, kalau nak bercakap tentang pengorbanan UMI, memang sampai bila-bila takkan habis. yang saya tahu, saya terlalu sayangkan UMI. anda juga mesti begitu kan? ibu ialah segalanya bagi kita. betul tak kalau saya cakap, dalam fikiran kita,
beliau paling baik,
beliau paling cantik,
beliau paling bijak,
beliau paling pengasih.
beliau paling penyayang,
beliau paling sempurna,
beliau TERBAIK
memang. bagi saya pun, UMI lah yang terbaik. tak salah kan, kita puji seorang wanita mulia yang bergelar IBU. dapat pahala lagi tu. kadang-kadang, saya terfikir, kenapa lah ada anak yang sanggup letak IBUnya di rumah orang tua. kejam! kecik-kecik dulu, mereka belai kita dengan penuh kasih sayang. sanggup berjaga tengah malam, sanggup buat apa sahaja untuk kita. kalau kita demam? lagilah. semua benda beliau buat, jaga kita, sepenuh jiwa raga.
Abu Hurairah Radhiallahu 'anh berkata:
Abu Hurairah Radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[Luqman 31:14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
[al-Ahqaf 46:15]
Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah :
1. Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]
2. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…”
3. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: “…dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!”
[Maryam 19:23]
Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.
Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.”
Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?”
Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya)."
4. Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.
5. Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan, seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.
Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan keutamaan kepada IBU.
Sajak Untuk Umi
Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Umi….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...
Buat seorang wanita mulia yang bernama RUSBI BINTI SHAPEI, along sayang umi. ampunkan segala dosa along selama ini. terima kasih untuk segalanya. along janji, along akan jadi anak kebanggaan umi.
I LOVE YOU UMI
salam sayang daripada anakmu,
NUR ALIA SYAFIQAH BINTI NORZERI
2 comments:
slmt hari ibu jgk kat bakal2 ibu masa depn.. :P
@Aezudin, terima kasih banyak2 ♥ bakal2 ibu masa depan ye? haha! hang ni kan. cheq nak belajaq tinggi2 dulu, baru jadi ibu. ecehcehh! :P
Post a Comment