Friday, May 20, 2011

PERJALANAN KE UiTM JENGKA

Assalamualaikum dear bloggers and readers (:

esok (21 Mei), saya akan berangkat ke UiTM Jengka, untuk sesi pendaftaran. ye, esok, bermula lah perjalanan saya sebagai seorang pelajar universiti. ecehh! universiti sangat la konon. memang pun. HAHA! :P 

rasanya, semua borang, dokumen, sijil dah pun saya lengkapkan, saya penuhkan. Insya-Allah esok takde apa-apa yang tertinggal kot. kalau tertinggal? matilah jawabnya. ingat dekat ke Kuantan dengan Jengka ni? jauhhh.. dalam 2 jam setengah kot. jauh ke? jauh lah jugak. nak-nak lagi masa harga minyak tengah naik ni. kalau ulang-alik, tak ke untung banyak stesen minyak Caltex, RON 97 tu? *balik-balik promote Caltex alia ni.

jadi, untuk memudahkan perjalanan dan urusan saya serta keluarga, abah dan umi telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung terlebih dahulu. kampung kat mana? kat Maran. Kampung Sentosa. sentosa sangat ke? HEHE. ye kot (:

jadi lepas ni, selepas solat Maghrib, kami plan nak keluar makan dulu. kira dinner terakhir bersama-sama lah ni ye? HAHA. lokasi nya, tak tahu lagi di mana. dan, mestilah saya belanja. HEHE. guna duit Yayasan Pahang je :P

esok pagi, baru bertolak ke Jengka. selama seminggu saya akan berada di Jengka, sebelum berangkat semula ke Kuantan. berada di Jengka itu, hanya untuk menjalani minggu orientasi yang juga dipanggil sebagai MDS. ehh ye ke MDS? ye kot, lupa dah =.="

ramai jugak rakan-rakan semaktab saya yang berjaya menyambung pelajaran di UiTM Jengka, seperti Khairil Hafiz, Farrah Izzaty dan lain-lain. maaf ye kepada nama-nama yang tidak disebut, apa pun, jumpa di sana (:

dan, ada seorang je kawan di maktab saya yang saya tahu terbabas ke UiTM Kuantan, sama course dengan saya iaitu saudara Iadid Ashrai. dah chat-chat dengan dia sikit hari tu, jadi dah geng lah sikit. ecehh HAHA :D tak sabar rasanya nak sambung pelajaran semua, setelah otak ni beku.

To all of my friends, SELAMAT MAJU JAYA. semoga kita bersama-sama mendapat keredhaan Allah dalam perjalanan mencari ilmu-Nya.



مَنْ جَدَّ وَجَدَ - 
Sesiapa yang berusaha akan mendapat.

مَنْ زَرَعَ حَصَدَ -
Sesiapa yang bercucuk tanam akan menuai hasilnya.

مَنْ يَجْتَهِدْ يَنْجَحْ - 
Sesiapa yang berusaha akan berjaya.


p/s : offline to UiTM Jengka for the orientation week


2 comments:

Aezudin said...

kat sane nnti beljr leklok.ade mase, update blog. hee~ :D

nuraliasyafiqah said...

@Aezudin, InsyaAllah. tapi sy tak lah sekerap anda update blog (: rajin sungguh dia update :D