kepada mereka yang akan di interview nanti, sila baca la, mana tahu berguna kan kawan-kawan.
harap membantu la..
Tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya, interview MARA diadakan secara individu. Tahun ini, saya tak pasti sama ada secara individu atau berkumpulan. Pada pendapat saya, temuduga secara individu lebih mudah sebab kita boleh mengolah idea tanpa perlu bersaing dengan calon-calon lain. Walaubagaimanapun, tak kisah lah sama ada berkumpulan ataupun individu, anda sebagai calon bertuah harus berusaha menonjolkan diri kepada panel penemuduga.
Pada hari interview tersebut, kalau panel tak arahkan untuk duduk, mintalah izin terlebih dahulu untuk duduk. Duduk tegap-tegap, jangan goyangkan kerusi, muka menghadap panel penemuduga. Paling penting, sentiasa senyum, cool dan jangan gementar. Anggaplah interview yang bakal berlangsung seperti conversation biasa.
Antara soalan yang biasa ditanya adalah seperti ini :-
1. Kenapa nak ambil course ini?
2. Nak specialise dalam bidang apa?
3. Bidang kepakaran yang anda pilih itu adalah mengenai apa?
4. Kenapa nak jadi doktor/lecturer/engineer/lawyer?
5. Adakah wang itu penting?
6. Kenapa nak belajar oversea, kenapa bukan di Malaysia/ kenapa nak belajar di Malaysia, bukan oversea?
7. Kenapa apply MARA, kenapa bukan JPA?
8. Apakah perbezaan scholarship MARA dengan JPA?
9. Ada apa-apa soalan? (Wajib tanya soalan untuk menunjukkan anda sangat-sangat berminat dengan biasiswa mereka)
satu lagi, What topics can be expected this year? (our suggestions only)
satu lagi, What topics can be expected this year? (our suggestions only)
1. National unity - 1Malaysia - How to improve unity? (suggested by Muhammad Siraj)
2. Why scholars don't want to return to Malaysia and how to ensure they serve the nation after graduating (suggested by Nur Azizah)
3. Environmental issues - in line with Malaysia's commitment to reduce carbon emission to 40% by 2020 as announced by PM in COP-15 (suggested by Elaine Sam)
4. H1N1
5. Anti drug campaign effectiveness
6. Privatisation of public healthcare in Malaysia
7. Increasing number of medical graduates.
Apa yang boleh saya simpulkan di sini, calon-calon perlu ada satu misi dan visi yang jelas terhadap course yang anda pilih. Calon-calon mesti kena rajin buat research mengenai course yang diambil. Research mengenai bidang kepakaran juga penting sebab panel mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi tentang apa yang calon katakan. Tak dilupakan, buat research juga mengenai karier yang anda pilih dan sebab-musababnya.
perbezaan MARA & JPA :-
MARA untuk bumiputera je, special untuk MRSM. Kalau dari segi kursus persediaan, tajaan MARA ke Russia akan buat preparation selama 6 bulan (feb-sept), manakala tajaan JPA selama 3 bulan (jun-sept). tajaan MARA ke Russia hanya dibawah biasiswa SPC (Skim Pelajar Cemerlang), iaitu khusus untuk pelajar MRSM di bawah result Trial-SPM. Banyak perbezaan sebenarnya, antara JPA dan MARA. - MARA dapat elaun bulanan, manakala JPA dapat elaun 3 bulan sekali. So kalau student JPA tu, skali masuk elaun macam durian runtuh la. Tapi jumlah keduanya sama je. - Walaupun jumlah sama, tapi ianya berbeza mengikut kadar tukaran semasa (currency exchange). Kalau MARA, kadarnya adalah tetap (fixed rate) iaitu kadar ketika termeterai perjanjian. Manakala kalau JPA, kadarnya berubah mengikut kadar tukaran semasa (current rate). Contohnya, elaun USD500 sebulan. Ketika menandatangani perjanjian, kadar tukaran ketika itu adalah 3.9, jadi sehingga sekarang tiap-tiap bulan dapat USD500 x 3.9 = RM1900. Namun, tajaan JPA, pelajarnya mendapat elaun mengikut kadar tukaran semasa. Contohnya skrg ni 3.3, so bulan ni pelajar JPA dapat elaun USD500 x 3.3 = RM1655.
Ok berbalik kepada topik asal, khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh secara individu.
1 – BAWA KELAINAN
Frankly speaking, it’s all depend on what course are you planning to enroll. Contohnya, bidang medic. Of course la you all kena prepare soalan-soalan berbentuk medic untuk ditanya.
Satu tips penting untuk anda semua, cuba fikirkan untuk membawa satu kelainan dalam temuduga anda nanti. Kelainan yang saya maksudkan bukanlah dari segi pakaian mahupun tingkahlaku. Kelainan tersebut adalah apa yang membezakan anda dengan calon-calon lain.
Sebagai contoh, saya dahulu interview untuk program Medic Russia. Maka satu kelainan yang saya tonjolkan, adalah dengan menghafal maklumat mengenai negara Russia! Benar, tak tipu! Saya ketika itu mengetahui tentang sejarah penubuhan soviet, tokoh2 russian federation hatta topography negara tersebut!
Satu lagi kelainan yang saya bawa ketika interview saya tu, adalah mengenai bidang medic. Untuk pengetahuan semua, medic bukanlah pilihan utama saya. Engineering menjadi first choice saya dalam borang ketika itu. So, kena la satu soalan maut dalam interview itu, “Awak tulis dalam ni first choice awak engineering. Kenapa awak rasa kami patut beri kepada anda biasiswa untuk medic pula?”
Apabila kena soalan maut, jangan cepat panik. Diam dahulu, berfikir jawapan yang paling sesuai, yang tidak menampakkan kelemahan ataupun kebodohan kita. Antara jawapan yang bodoh untuk soalan sebegini “Entah..saya tak tahu.” “Eh, tak terfikir la pulak” “Saya berserah je. Kalau dapat medic, saya jadi doctor. Kalau dapat engineering, saya jadi engineer”. Etc etc.
So jawapan yang saya beri ketika interview saya dahulu adalah,
“Saya mempunyai matlamat jangka masa panjang saya sendiri. Saya sebenarnya ingin menceburkan diri dalam sebuah bidang sains yang baru iaitu nanoteknologi. Memandangkan bidang ini masih baru sangat, maka saya merasakan adalah lebih sesuai saya menjadikan sama ada bidang medic atau engineering sebagai batu loncatan, memandangkan kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing dalam bidang nano tersebut.”
2 – SIKAP DAN TINGKAHLAKU
Anda kena ingat, tujuan interview sebenarnya adalah bukan untuk anda calon, tetapi untuk para penemuduga. Interview merupakan satu kaedah yang digunakan pihak penaja untuk menilai anda. Sekiranya penaja beranggapan mereka nak ambil pelajar yang terbaik mengikut keputusan SPM, maka sudah tentu habis semua tempat pengajian diborong oleh belasan ribu pelajar 11 dan 10A~!
So the point is, penemuduga yang akan evaluate anda. Secara total. Dan segalanya bermula dari langkah pertama anda di dalam bilik penemuduga lagi.
Macam saya bagitau kat atas tu, PAKAIAN dan TINGKAHLAKU adalah sebahagian dari syarat sah temuduga. Tak lulus benda ni, terbatallah temuduga anda (bukan secara literal ye)
Pakaian – macam biasa untuk lelaki, pakai kemeja dan/atau berkot. Orang pernah warning, tengok interviewer camne. Kalau interviewer pakai kot, then pakai kot gak. Kalau dia tak pakai kot, jangan lawan tokey. mestilah menampakkan karisma yang tinggi, imej yang kemas dan penampilan yang mampu membawa satu macam keyakinan di mata interviewer. bagi perempuan, paling proper mestilah baju kurung ataupun kemeja.
Di luar bilik temuduga, ketuk sebelum masuk. Tunggu sekejap sampai arahan masuk diberi, baru masuk. Kalau arahan tak diberi, jangan gatal ketuk lagi kuat. Ketuk sekali lagi macam biasa.
Dah bukak pintu, berhenti sejenak di muka pintu, pandang dan senyum (dengan ikhlasnya) kepada interviewer. Beri salam kepada interviewer muslim dan/atau ucap selamat kepada yg bukan muslim. Duduk hanya apabila disuruh duduk. Sesudah duduk, jangan alihkan kerusi yang diletak. Ada sesetengah keadaan, kerusi diletak sejauh satu meter dari meja penemuduga, agar mereka boleh melihat segenap pelusuk diri dan perbuatan anda. Jangan letak fail@portfolio anda di atas meja diorang, letakkan di atas riba anda dan duduklah seperti pengantin. dan interview anda pun bermula.
Antara yang pantang dibuat pula adalah,
- berlagak samseng. Sungguhpun kalau benar la anda ketua samseng, tak payahla berlagak samseng kat depan interviewer. Anggaplah anda ni khadam yang hina..hehe. Beri salam dengan penuh sopan santun, langkah yang lembut, dan senyumlah selalu…
- merendah-rendahkan soalan interviewer. “Ala…senang je nih..” “Dah agak dah soalan ni..”
- mempersoalkan kebijaksanaan interviewer. “Encik tahu kan, sekarang ni kalau kat matriks nak jadi doctor kena dapat 4 flat?” Macam la dia tak tahu. Ayat yang lebih sesuai “Sepertimana yang diketahui, bagi meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran dari peringkat matriks…blablabla”
- merasuah interviewer. of course tak boleh…..
3 – KETIKA INTERVIEW
Saya percaya soalan pertama yang akan ditanya oleh interviewer adalah: “Tell me about yourself”. Kira memang soalan skema la nih. Tetapi, jangan anda bagi jawapan yang skema gak! Diorang interviewer dah bosan dengan jawapan2 skema ni!!
Macam saya kata awal2 tu, bawa kelainan. Instead of jawapan anda “Saya dilahirkan di kedah. Ayah saya seorang pegawai. Saya ada 4 orang adik beradik. etc. etc.“, cuba ubah sket sintaksis ayat anda tu. Jangan guna banyak sangat nada@tone sedih untuk meraih simpati, sebaliknya guna ayat2 yang mempromote diri anda. contoh ayat yang saya gunakan dulu,
“menjadi Biro Kebudayaan BWP ketika di mrsm dahulu sedikit sebanyak mendedahkan diri saya ke arah kepimpinan professional. Sungguhpun ketika itu saya turut terlibat dalam posisi lain, seperti Presiden Kelab Catur, Setiausaha Persatuan Silat Gayung dan sebagainya, saya mampu membahagikan masa saya dengan efisien. Ini terbukti dengan keputusan peperiksaan saya yang sentiasa konsisten”
Kan lagi best dari “Saya pernah menjawat jawatan BWP, Pres Kelab Catur, S/U Silat…”
Ketika diinterview, anda akan dapati interviewer akan cuba membuat eye contact dengan anda. Jangan elak eye contact! Eye contact adalah antara methode yang digunakan penilai untuk menilai anda. Kalau anda sendiri tidak mahu dinilai, bagaimana diorang nak evaluate awak! Sebaliknya, lihat kembali dalam mata diorang. Bukannya tenung seorang, tapi bergilir-gilir la. karang dia ingat awak ada dendam dengan dia pulak.
Antara masa yang dibolehkan untuk anda ‘masuk bakul, angkat sendiri’, adalah ketika diinterview. Tapi anda harus ingat, terlalu banyak kelebihan diri anda yang anda tonjolkan secara tak langsung mendedahkan lebih banyak kelemahan anda! Sebagai contoh, antara dialog ketika interview saya dulu adalah,
“Medic ni bukan bidang yang mudah. Anda kena study je…korbankan masa lapang awak, waktu bersosial awak dan sebagainya. Apa pandangan awak?”
“Saya sangat produktif apabila bekerja bersendirian. Dengan cara itu, saya mampu menumpukan sepenuh fokus saya kepada study saya. Sepanjang pengajian saya di MRSM juga, saya jarang bersosial melainkan dengan mereka yang betul-betul rapat dengan saya.” - saya blur ketika ini, so inilah jawapan merapu yang saya bagi…
“Tapi awak kena ingat, menjadi doktor juga memerlukan anda untuk bersosial. Anda akan mengubati pelbagai jenis pesakit, yang anda suka, yang anda benci. Bagaimana anda nak emerge dalam masyarakat kalau anda tak suka bersosial?” – soalan maut, death trap question.
“Saya sedar, sebagai seorang doktor memerlukan saya untuk bersosial. Saya juga merupakan seorang yang fleksibel, saya mampu menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan saya ditempatkan. Pencapaian saya di MRSM yang cemerlang sejak dari tingkatan satu lagi membuktikan betapa pencapaian saya tidak dipengaruhi oleh keadaan. Selain itu, sungguhpun saya tidak suka bersosial, tetapi saya tidak mendiskriminasikan masyarakat. Tak kiralah yang datang itu seorang yang berdosa, atau seorang yang mulia, saya tetap akan melayan mereka dengan layanan yang sama – sebagai seorang pesakit”.
Jangan bagi jawapan sekadar untuk melepaskan diri. Sebaliknya, dalam setiap jawapan yang kita berikan, sebaiknya mempunyai beberapa ciri:
- Ada point. Jangan bagi jawapan merapu…
- Menjawab soalan. Jangan dibiarkan soalan tergantung tak terjawab.
Masalah Bahasa
Kita sering diberitahu, bahawa interview akan dijalankan fully in english. Tapi kekadang interviewer ni tak tahu mana satu malay mana satu english. Hehe.
So, nasihat saya, kita ikut rentak interviewer. Kalau soalan ditanya dalam English, kita jawab dalam english. Kalau soalan ditanya dalam melayu, kita jawab dalam melayu.
Death Question
Macam saya citer, kekadang boleh terjadi penemuduga membawakan satu soalan yang mustahil untuk kita jawab. Mustahil ni bermaksud soalan yang membuatkan kita blank secara total. Black out.
Cam biasa, jangan panik. Jawab dengan penuh keyakinan, jangan merapu. Kalau terpaksa mengaku kelemahan pun mengakulah, tapi cover balik. Contoh – “Anda seorang yang pemalas?”
“Saya akui saya kurang serius dalam sesuatu urusan, namun saya telah dididik sebagai seorang yang bertanggungjawab sejak dari kecil lagi. Walau betapa malaspun saya, sekiranya telah menggalas satu-satu tanggungjawab itu, maka pasti saya akan sempurnakan tanpa cacat cela!”
Tapi, kalau dah blank sangat, atau memang betul-betul tak tahu jangan berdalih lagi, sebab ianya menampakkan kelemahan dan minda kita tak bersedia. Tolak untuk menjawab soalan tersebut dengan sopan sambil tersenyum.
“Maaf, saya tak dapat jawab soalan anda”.
“Maaf, saya tak dapat jawab soalan anda”.
Sama juga untuk soalan fakta yang anda tak tahu jawapannya. Jangan reka-reka, sebab ianya fakta. “Awak tahu berapa jumlah graduan perubatan di negara sekarang ni?”
“Maaf, saya tidak tahu. Tapi sekiranya diberi masa, saya boleh cari maklumat tersebut.”
Soalan Tricky
Soalan tricky ni pun slalu gak interviewer tanya. Biasanya sama ada untuk menduga kekuatan mental calon, ataupun untuk menguji personaliti calon. Contohnya, “Apa kelemahan awak?” Kalau anda jawab anda tidak mempunyai kelemahan, u’re dead sebab semua orang ada kelemahan. Dalam kes sebegini, jawab sama ada dengan jawapan bijak ataupun jawab sejujurnya tapi cam biasa, cover balik.
“Kelemahan saya adalah saya ni cepat kasihan. Saya kasihan tengok orang-orang tua yang uzur, kanak-kanak yang sakit dan sebagainya. Atas sebab inilah saya nak jadi doktor” - contoh jawapan bijak.
“Kelemahan saya adalah saya ni seorang perfectionist. Saya pantang betul menangguh-nangguh kerja. Akibatnya saya selalu tidur lewat malam sebab nak siapkan tugasan. Tapi saya pasti, semua tugasan yang diberikan kepada saya akan siap dengan sempurna sekali!” – lagi contoh jawapan bijak.
“Saya akui antara kelemahan terbesar saya adalah saya ni seorang pemalas. Sebab itu saya cuba mengatasi kelemahan saya ini dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan persatuan-persatuan. Antara aktiviti yang saya pernah sertai adalah …blablabla.. Syukur alhamdulillah, saya rasa saya kini lebih rajin berbanding dahulu” - jawapan ‘jujur’.
4 – PERKARA KHUSUS
Perkara khusus ni actually lebih kurang la cam yang saya sentuh kat dalam point bawa kelainan tu. Cuma khusus yang saya maksudkan ni adalah environment interview itu sendiri.
Anda kena bayangkan anda di pihak sponsor. Kenapa sponsor anda nak bagi anda scholarship? Kenapa anda, dan bukan orang lain? Kenapa bidang medic (eg) kenapa tidak bidang lain? Kenapa russia, tidak negara lain?
Saya bagi contoh lagi untuk clearkan.
Interview anda adalah MARA. Apa antara objektif@misi MARA? “Melahirkan lebih banyak usahawan bumiputera”
So kalau ditanya kenapa anda nak jadi doctor, maka jawablah
“Saya nak jadi doctor kerana ianya sebuah bidang yang kurang dimonopoli oleh masyarakat kita bumiputera.”
“Saya nak jadi doctor kerana saya nak membantu kaum saya. Saya nak memulakan perniagaan dengan membuka banyak klinik, dengan itu saya dapat berkhidmat kepada masyarakat, serta menyahut seruan MARA untuk melahirkan lebih banyak usahawan profesional bumiputera”
Ni antara contoh soalan dan jawapan yang biasa ditanya.
Sebab apa anda patut diberi biasiswa ini?
“Saya patut diberi biasiswa ini kerana sepanjang hidup saya, saya telah membuktikan yang saya mempunyai kesungguhan dan minat yang mendalam dalam bidang yang pihak MARA tawarkan ini. Dengan bantuan dari MARA, saya percaya saya mampu mencapai cita-cita saya seterusnya berkhidmat demi negara yang tercinta.”
Kenapa anda ingin melanjutkan pelajaran di luar negara, tidak di dalam negara?
“Dari segi teknologi, memang tidak dinafikan, institusi-institusi pendidikan negara mempunyai kelengkapan dan infrastruktur yang setanding dengan negara-negara moden. Namun, dalam konteks dunia globalisasi, negara memerlukan graduan yang berdayatahan tinggi, berpengalaman dan kompetitif secara global bagi mencerminkan identiti negara bertamadun. Dan saya percaya belajar di luar negara memberi saya kelebihan dari aspek-aspek tersebut berbanding belajar di dalam negara.
5- BILA PELUANG DIBERI
Di akhir interview, lazimnya penemuduga akan memberi peluang kepada anda untuk menanyakan soalan. Ambil peluang ini untuk menonjolkan apa-apa lagi kelebihan diri anda yang belum ditunjukkan, tapi jangan lebih2 lak. “Saya akan mewakili Malaysia dalam pertandingan catur antarabangsa 6 bulan akan datang. Sekiranya saya diterima, adakah saya dibenarkan mengikuti pertandingan tersebut?”
Sekiranya ada yang anda masih belum jelas, minta ulasan interviewer.
Untuk soalan mengenai masa hadapan pula, better guna prefiks “Sekiranya saya diterima”.
- Jangan tanya soalan seolah-olah anda telah diterima. “Encik, bila pengajian persediaan start?” Guna prefiks cam kat atas.
- Jangan tanya common question. Ini menunjukkan penguasaan anda bidang interview tersebut lemah. “Belajar medic kat russia ni brapa tahun, encik?” “Belaja medik kat russia ni dalam english ke?”
- Jangan tanya silly question. Semua paham. “Mayat2 kat russia tu diorang amik mana encik?
5 – POST INTERVIEW
Selepas interview, jangan terlalu memikirkan apa jua kesilapan yang anda telah lakukan di dalam bilik interview. Segala yang berlaku adalah dalam pemerhatian Yang Maha Esa, justeru banyak-banyakkanlah memohon dan berdoa agar diberikan peluang oleh Tuhan.
Jangan pula terlalu konfiden. Pepatah saya mengatakan, “Lebih tinggi kamu mengharap, lebih sakit apabila kamu dikecewakan”.
Menghadapi kekecewaan
Nasihat saya mudah saja sekiranya anda gagal dalam temuduga ini – 2:216.
Nak tahu apa? Buka Alquran, tengok ayat 216 surah 2. =)
Bukankah alQuran itu sesuai pada semua tempat, semua zaman dalam apa jua keadaan?
"Among the objectives of interviewing, is to differentiate students into those who can be focused on their ambition, and those who can’t. To differentiate which students yang betul2 nak, betul2 jernih dan jelas tujuan, niat dan matlamat mereka. Itu tujuan sebenar sesuatu interview."
3 comments:
nice post...tq yeer bnyk info bergune...:)
terima kasih (: and goodluck for your interview okay? ;D
noted..
Post a Comment