Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 14, 2011

INTERVIEW OHH INTERVIEW

 assalamualaikum dear friends (: kali ini post saya berkisar tentang jeng jeng jeng ===> drum rolls please! 

INTERVIEW

hahah! highlight sikit and bold sikit bagi nampak. iye, tak dapat dinafikan sesungguhnya kebanyakan pelajar FOBIA terhadap "beliau".betul tak? kenapa saya cakap macam tu? sebab, kita tak tahu soalan apa yang bakal panel-panel tanyakan. kalau kita dah tahu, senanglah cerita kan? 

jadi, apa sebenarnya cerita kau ni alia? okay, seperti yang saya katakan tadi, post kali ini adalah berkisar tentang interview. dekat Facebook sekarang kecoh sangat tentang interview itu, interview ini. ada yang tak dapat, rasa down sangat-sangat, sampai menangis lah apa. tak kurang juga yang dapat dan menangis jugak sebab taknak. manusia (: susah sangat nak bersyukur. awak dah dapat, patutnya bersyukur lah, dan kenang orang lain yang sangat berharap tu tapi tak dapat. kan-kan? (:

dan, saya juga sangat bersyukur, sebab saya diberi peluang menghadiri temuduga. temuduga apa? ada dua ye saya kena hadiri. seram sejuk dibuatnya bila difikir-fikirkan balik. interview apakah alia kau ni? ini dia surat "tawaran" menghadiri interview-interview tersebut, ohh! mungkin lebih patut dipanggil SURAT PANGGILAN menghadiri temuduga :

panggilan temuduga KPLSPM

ini pula panggilan temuduga, masa depanku iaitu daripada pihak UiTM, berkenaan permohonan saya untuk menyambung pelajaran dalam Asasi TESL :





dan ini perkara-perkara yang perlu dibawa semasa temuduga nanti :


iye, saya sangat bersyukur, diberi peluang menghadiri dan menjalani temuduga ni tapi dalam masa yang sama tu, kecut perut jugaklah. lagi-lagi interview daripada pihak UiTM. tapi, kuatkan semangat, gunakan apa yang kaunselor pernah beri. terima kasih cikgu, MOCK Interview tu (:

jadi, sekarang ni menunggu detik-detik interview menjelma. huhu! harap-harap masa interview tu taklah gelabah sangat sampai ketar-ketar, gagap bagai.

dan, kepada rakan-rakanku yang turut mendapat panggilan ni, please, say ALHAMDULILLAH because He gives you this chance. tak semua dapat. dan, goodluck (;

kepada yang tak dapat pula, LA TAHZAN guys (; this is not the end of your world. betul tak? Allah tak kejam terhadap hamba-Nya, sebaliknya kita yang kejam terhadap diri sendiri. so, mari kita MUHASABAH DIRI bersama ye kawan-kawan. wallahualam (: 


No comments: