Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, April 23, 2011

DINNER WITH FAMILY

assalamualaikum (: semalam, abah baru balik dari Sarawak, ada kerja lah sikit dekat sana. biasalah, orang sibuk memanjang, asyik-asyik outstation  =.=" nasib baik business umi tak memerlukan beliau bekerja outstation jugak. kalau tak kami tiga beradik ni terpaksa tinggal dekat rumah bertigalah. no way! kalau duduk bertiga, for sure saya akan jadi maid. haiihh! mintak simpanglah ye. (umi, kenapa tak ambil maid je? senanglah sikit, balik kerja je boleh relaks. HEE :D)

so, disebabkan abah baru sampai dengan flight MAS malam semalam, kami tak jadi lah dinner di luar. rancangan nya di postpone ke malam ini. and, alhamdulillah, everything went very very well (:

selepas kami sekeluarga solat Maghrib, kami bersiap, pakai sempoi habis, pergi dinner. tak payahlah vogue sangat kan, nak pergi dinner je pun. and, kereta kami, dengan setianya menunggu kami.

p/s : budak itu bukan adik saya (:
sempoikan mereka pakai? =.="

kami makan di mana? JENG JENG!! 

restoran ini terletak di Tanjung Lumpur, dulu dikenali sebagai NARA SEAFOOD
okay, dah sampai, abah terus straight ke akuarium untuk pilih ikan fresh untuk dimasak. kami yang lain terus ke dinner table dan duduk. so, ini adalah menu kami untuk dinner malam ini :

ikan masak 3 rasa
steam fish
udang celup tepung
sayur kailan ikan masin

Masya-Allah, ikan dia besar sangat. kami berlima nak menghabiskan ikan dua ekor tu macam, haiihh! susahnya lah. tapi dikuatkan jugak kudrat, habiskan (: nanti membazir pulak, tak baik,

sesungguhnya membazir itu amalan syaitan, nauzubillah (:

inilah telatah kami yang kelaparan menunggu makanan sampai. saksikan.

adik tengah memilih menu (kononnya) padahal abah dah order =.="

umi dengan penuh kesabaran menunggu, abah? kat meja makan pun sibuk ke?

okay, mesyuarat keluarga (:

angah seperti biasa C3 sentiasa di tangan

adik tengah boring, angah? C3 lagi :D
saya pulak? maaf, gambar saya takde malam ni. malas lah nak bergambar. malam ni jadi photographer keluarga bersama Canon tersayang (: okay, ini pulak bila minuman sampai.


disebabkan gambar saya takde, so saya ambil gambar minuman saya lah kan? minuman orang lain,
TAK PAYAH!

haha! malam ni saya minum LIME JUICE. tapi, limau tu, saya perah sendiri lah. tu yang waiter asingkan dalam mangkuk tu. kebersihan nak kena jaga, okay? saya berpegang pada konsep,

  tangan sendiri perah, lebih terjamin "keselamatan" (:

dan, ini pulak, apabila makanan sampai di meja kami. sempat lagi snap sebelum makanan disentuh :D

ikan 3 rasa dan sayur kailan ikan masin

steam fish, siap ada api-api lagi bawah tu, HEE!

udang celup tepung dan sos dia yang sangatlah superb!

nasi, ulam dan sambal belacan



nasi tambah

banyak kan makanan? macam nak makan 7-8 orang je. HEE! (: ohh, dan ini pulak, gelagat mereka tengah makan.


abah memang macam ni, sempat lagi promote. sporting sungguh abah saya (:

tengah kalut sikit, tu yang vibrate tuh. sorry (:

abah ambilkan ikan untuk anak-anak dia. caring abah saya (:

makan dengan selera (:
dan, alhamdulillah (: semua selamat, kira takde lah yang tercekik tulang ke apa. HEHE! :P sebelum buat pembayaran, seperti biasa, sempat lagi kami sekeluarga main teka-teki. teka-teki ini memang kami akan mainkan setiap kali selepas selesai makan di luar, sebelum bayar. teka-teki apa?

umi : okay, teka how much bil kita kena bayar ni?
saya : emm, 87 ringgit kot? eh, yeke? macam murah je 87, macam tak logik. takpelah, 87 jugak.
angah : rasa-rasa macam 97 ringgit.
abah : siapa teka RON 97? (macam Caltex punya diesel je abah ni)
umi : angah teka 97 ringgit tadi, abah?
abah : siapa RON 95? (tak habis lagi Caltex dia)
adik : adik lah! adik rasa 94 atau 95 ringgit kot?
abah : okay-okay, abah 100 ringgit.
umi : umi dalam 93 ringgit lah.
saya : kenapa semua teka tinggi-tinggi ni? tak aci, nak tukarlah macam ni!
adik : ahh! mana boleh! takutla tu dia punya je jauh sekali.
umi : alah, mana tau kot along yang teka betul? laa.. bukan dapat hadiah pun kalau betul.

hah! beginilah kami setiap kali selepas makan. umi pun pergi bayarlah kat kaunter, dan teka jumlahnya berapa? JENG JENG! 

RM 105.60

dan, obviously, saya lah yang paling salah. aiseyh! memang lah takde tokoh mengagak kau ni alia! abah, dengan bangganya tersenyum, sebab dia teka paling hampir, biarlah tak dapat apa-apa pun kan? HAHA! 

dan, inilah, bila dah diberi peluang makan, makanlah bersungguh-sungguh. tapi, kita kena ingat, dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita. sambil makan, sambil ingat dekat saudara dan saudari kita yang mungkin, hidup mereka tak sesenang, tak semewah kita. saudara saudari kita di negara-negara bergolak tu. kesian diorang.. jadi,

sama-sama kita muhasabah diri, okay (: wallahualam.

4 comments:

enonimes said...

best bace part maen teka-teki tu..nk kena praktik ne..hee~

aliasyafiqahh said...

perkara wajib main tuh dalam family (: hee :D praktikkan lah dengan kluarga anda ye.

Nur Liyana said...

hahaa.sedpnya..nk makan jugak.hahaha

aliasyafiqahh said...

haha! jom kita ke Tanjung Lumpur. best makanan dia (: