Thursday, March 24, 2011

RESULT SPM

whoa! creepy nye. mak aii! result sudah keluar semalam. dan, dan result saya? ermm.. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur walaupun tak lah sehebat mana kan. tak lah straight macam PMR and UPSR, tapi bagi saya yang hanya target 3A dalam SPM ni, dapat 7A pun dah sangat okay :) bagi saya la. tapi bagi korang-korang yang dapat lebih tu, mungkin akan cakap macam ni :
"eleh, 7A je.. aku dapat straight A's lah. tak heran pun."
ye ke? saya tak tanya pun result awak kan? saya sangat berbangga dengan result saya tu walaupun macam tak layak je nak dibanggakan. tapi takpe lah. mungkin kali ni rezeki tak berapa murah kot. jangan putus asa! yay!
  MALAYSIA BOLEH ALIA BOLEH! :)

  SPM is not the end of your life, it is just the beginning

jangan frust sangat dengan apa pun result yang korang dapat. Insya-Allah, rezeki tu ada di mana-mana. Allah tak kejam terhadap hamba-hambanya, sebaliknya kita yang selalu kejam terhadap diri kita sendiri. betul ke? iye memang betul. janji Allah Taala itu pasti. dan bagi yang dapat result cemerlang tu, tahniah :) jangan lupa jasa guru-guru, ibu bapa, rakan-rakan dan orang sekeliling korang, okay?

No comments: