Friday, March 11, 2011

HERO KU

dari kelmarin lagi pintu bilik tu terkunci. yang sang kunci nya pulak duk "melepak" kat dalam bilik yang terkunci tu. hampeh betul. ni semua salah kau alia. kenapa careless sangat. HAISH! nyanyuk betul.

cerita nya macam ni. bilik saya bersepah and takde bibik yang sudi nak tolong kemaskan. pastu mama call umi, cakap nak datang rumah. HAH! gelabah punya pasal, pergi kunci bilik tu sambil kunci tertinggal kat dalam. *konon nak kunci sebab taknak bagi diorang masuk, bersepah la katakan* pastu nah! amik kau! terkunci pulak dah pintu bilik aku tu. CEHH! kenapa malang sangat hari ini?

pastu, mama pun sampai rumah. happy lah jugak, saya berjaya cover line tentang "kesepahan" bilik saya. YES! tapi dalam masa yang sama, SAYA SANGAT GELABAH. pintu bilik tu belum berjaya dibuka. mulamula ingatkan takde masalah. boleh lagi nak sorok kan kesalahan tu? HEHE! tapi, masalah yang sememangnya dirahsiakan saya tu berjaya dibongkarkan oleh kakak. erkk?! geramnya!
*terima kasih la kan =.=*

dia nak masuk bilik. nak solat Maghrib, so nak tumpang bilik lah kan? macam takde bilikbilik lain lah pulak kakak ni. then yang terkantoinya pintu bilik tu terkunci sebab kakak bising-bising. umi pun lantas terdengar my conversation with kakak. kantoi suda di situ. :(

lepas dah siap makan, semua-semua tu, main treadmill kat ruang tamu, check semua orang punya blood pressure, mama and papa pun balik. kemudian, nightmare saya pun bermula lah kan? HAHA! kena marah + bebel dengan umi. mesti korang tanya mana duplicate keys kan? semua tu entah dah hilang ke mana. puas dah cari dekat ruang tamu, dapur, stor barang, stor kasut pun dah selongkar tapi tak terjumpa jugak. penat round satu rumah ni. takkan bawah treadmill kot? tak mungkin. last-last, saya pun pasrah. apa jadi kat pintu bilik? HAHAH! abah pun tanpa segan silu memecahkan pintu bilik saya. sedih gila. tapi pintu kan keras? so pintu tu tak terbukak langsung. cuma pecah je sikit. :( last sekali, dengan penuh yakin abah pun cungkil guna satu batang besi yang tajam. kena guna tukul, ketuk-ketuk sikit.

kat sini ada satu yang buat saya macam a bit terharu. kan abah ketuk-ketuk batang besi tu guna tukul. kadang-kadang tu adalah terketuk jari dia sendiri. sedih ohh tengok tu. HAIH! pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya. bayangkan lah tukul, alah! tukul..


HAH! tak ke sakit kan? adoii. saya yang mengintai dari dalam bilik mandi ni, tahan air mata jelah. sedih tengok. tapi abah dengan bertungkus-lumus tetap jugak meneruskan "perjalanan" dan usahanya membuka pintu bilik saya tu.

and, finally, the door was opened. and, kepada abah, saya hanya mampu mengucapkan
TERIMA KASIH,ABAH!

I LOVE YOU SO STRONG  thank you so much for everything you did.


No comments: