TETT! bukan lah. benda ni dah lapuk. bukan la lapuk sangat. tapi dah tak "hot" sangat macam mulamula keluar dulu. so bukan nak cerita pasal ni lah. nak cerita tentang di bawah ini okay :
" FENOMENA TSUNAMI DI NEGARA MATAHARI TERBIT"kat sini, saya nak selitkan sedikit informasi tentang fenomena tsunami ni. info ini saya petik dari Wikipedia.
Tsunami (津波 bahasa Jepun ombak besar di pelabuhan, Kunrei-shiki: Tunami), sering kali disalah takrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan, atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap, fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Dengan itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila melintasi air dalam, tetapi meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunamis boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.
Kebanyakan bandar di sekitar Lautan Pasifik, terutamanya di Jepun tetapi juga di Hawaii, mempunyai sistem amaran dan prosedur pemindahan sekiranya tsunami yang serius berlaku. Tsunami boleh dijangka dengan pelbagai institusi seismologi di sekeliling dunia dan perkembangannya dipantau melalui satelit.
Bukti menunjukkan tidak mustahil berlakunya megatsunami, yang disebabkan oleh sebahagian besar pulau mendap ke dalam laut.
* Kini, lebih ramai orang terbunuh disebabkan tsunami daripada gempa bumi.
Tsunami dalam sejarah dunia :
- 2004: Gempa bumi di Lautan India menyebabkan tsunami melanda banyak negara dan mengorbankan lebih 150,000 orang.
- 1998: Gempa bumi berukuran 7.0 di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 m, dan membunuh lebih 6,000 orang.
- 1976: Tsunami yang melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.
- 1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah (berukuran 9.5) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.
- 1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 m, dan membunuh sebanyak 165 orang.
- 1883: Letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda menghasilkan tsunami setinggi 35 m, dan mengorbankan 36,000 orang.
- 1755: Tsunami menghancurkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.
sila klik link di bawah untuk tengok video tsunami di Jepun.
dan kat sini ada sedikit gambar.
dah banyak sangat kejadian tsunami dan gempa bumi yang jadi kat dunia ni. tak terhitung nyawa yang dah terkorban disebabkan bencana alam ni. dan, banyak benda yang dijadikan sebab. contohnya, maksiat. mungkin jugak kan? em.. Wallahualam (:
so, mari kita muhasabah diri :D
No comments:
Post a Comment