KETIKA PERANG
Dari Sahl bin Sa’ad RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
“Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat azan dan doa ketika perang berkecamuk”
TATKALA BERBUKA PUASA
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash RA bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”
SETIAP SELEPAS SOLAT FARDHU
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah S.A.W ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah S.W.T, baginda menjawab,
“Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu”
DI ANTARA AZAN DAN IQAMAH
Dari Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
"Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah”
HARI ARAFAH (9 ZULHIJJAH)
Dari ‘Amr bin Syu’aib RA daripada bapanya dari datuknya bahawasanya Nabi S.A.W bersabda,
"Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”
WAKTU SUJUD DALAM SOLAT
Dari Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”
SEDANG TURUNNYA HUJAN
Dari Sahl bin a’ad RA bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda,
"Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan. Waktu hujan doa tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim"
SEPERTIGA MALAM (3.00-4.00 a.m)
Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda,
“Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya”
SESAAT PADA HARI JUMAAT
Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza. Kemungkinan besar waktu tersebut berada saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat atau sehingga selesai waktu solat Asar bagi orang yang menunggu solat Maghrib. Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”
KETIKA WAKTU TERBANGUN TIDUR PADA MALAM HARI BAGI ORANG YANG SEBELUM TIDUR DALAM KEADAAN SUCI DAN BERZIKIR KEPADA ALLAH
Dari ‘Amr bin ‘Anbasah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
"Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya”
No comments:
Post a Comment