Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 28, 2014

TOLONG JANGAN TINGGAL AKU.

Ada beberapa sebab kenapa aku tidak mahu kau tinggalkan aku, yang perlu kau tahu.

PERTAMA (Subuh) : Aku tidak mahu kau dicampakkan ke dalam api neraka yang marak selama 30 tahun, yang mana bersamaan 60 ribu tahun di akhirat.

KEDUA (Zohor) : Aku tidak mahu engkau mendapat dosa bagai membunuh 1000 umat Islam.

KETIGA (Asar) : Aku tidak mahu dosamu dicatat bagai telah meruntuhkan Baitullah.

KEEMPAT (Maghrib) : Aku tidak mahu dosamu ditambah yakni dosa yang sama bagaikan berzina dengan ibu atau bapa kandungmu sendiri.

KELIMA (Isyak) : Aku tidak mahu hidupmu di muka bumi ini hilang dari keredhaanNya dan tidak mendapat keredhaanNya.

6 balasan buruk jika meninggalkan aku semasa hidup di dunia :
1. Ditinggalkan berkat pada umurmu.
2. Allah akan menghapuskan tanda tanda orang yang soleh dari mukamu.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadamu.
4. Segala doamu tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada bagimu bahagian daripada doa orang orang soleh.
3 balasan buruk jika meninggalkan aku semasa hendak mati :
1. Mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haussehinggakan jika diberikan kepadamu selautan air di dunia ini, kamu tetap merasa tidak cukup.
3 balasan buruk jika meninggalkan aku semasa di alam kubur :
1. Disempitkan kuburmu.
2. Dinyalakan apidi mana kamu akan membalik balikkan dirimu sendiri di dalam api tersebut.
3. Allah mengerahkan ular yang paling besar bernama Suja'ul Aqra' untuk menyebat tubuhmu.
3 balasan buruk jika meninggalkan aku semasa hari kiamat :
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar mencampakkanmu ke dalam neraka.
2. Allah memandang kamu dengan pandangan yang penuh murka.
3. Allah akan menghitungmu dengan kiraan yang paling berat dan terus dicampakkan ke neraka jahanam.
**HUKUM MENGUMPULKAN 2 WAKTU SEMBAHYANG :
Kadangkala, ada antara kita yang lalai atau sengaja melengah lengahkan dan menggabungkan dua waktu sembahyang, contohnya sembahyang Maghrib pada akhir waktunya dan diikuti dengan sembahyang Isyak sebaik sahaja masuk waktunya.
Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sesiapa yang mengumpulkan dua solat tanpa ada halangan (dengan sengaja), maka sesungguhnya dia akan memasuki neraka dari pintu dosa dosa besar" - HR Al-Hakim

No comments: