Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 11, 2012

UNTUK KAU KAWAN.

Dear my friend,
Aku tengah dalam ward KMC masa aku tulis post ni untuk kau. Jadi sorry lah ye kalau tulisan aku macam tak berapa bagi kesan kat kau ke apa. Effect ubat bius tak habis lagi so aku macam tengah mamai mamai lagi masa tulis ni. Haha. Aku bukak FB, terbaca status kau yang sebegitu. Serious dengan aku sekali terasa. Maybe kau cakap, aku takde kat tempat kau jadi aku tak boleh faham apa yang kau rasa. Yelah, mungkin. Mungkin aku tak boleh nak faham kau sebab aku tak rasa apa yang kau rasa. Memang aku tak boleh nak tolong banyak. Tapi sebagai kawan, aku dengan kawan kawan kita yang lain cuma boleh bagi semangat kat kau sikit sikit. Selebihnya terpulang pada kau. Aku terkejut time baca status kau tu. Memang kau betul, selama ni kau gelak gelak, happy happy depan kitorang, kitorang tak pernah tahu kalau belakang belakang tu kau sedih ke, down ke. One thing for sure, kau jatuh, kawan kawan kau akan selalu ada, support kau, kalau diorang tu betul betul kawan kau. Aku rasa aku pernah dah cakap macam ni kat kau kan? Aku faham perasaan kau bila tak dapat capai apa yang kau nak. Aku pun pernah rasa. Banyak ikhtiar lain sebenarnya. Doa banyak banyak semoga Dia tunjukkan jalan terbaik untuk kau. Kau sendiri tahu kan betapa power nya doa tu sampai ada sebut dalam Al-Quran, "Doa itu senjata orang Mukmin". Kadang kadang mungkin kita terlalai, lupa pada Dia. Jadi Dia uji kita supaya kita ingat balik pada Dia kan. Mungkin kali ni belum rezeki kau, rezeki orang lain. Mungkin kali ni Allah uji kau, Allah tak uji orang lain. Tapi hidup kita kan fair? Tak selamanya kita kat bawah, tak semestinya kita sentiasa kat atas. Aku harap kau takkan pernah give up. Lepasni, ada rezeki, gunakan betul betul peluang yang ada tu. Jangan main main, jangan lalai lalai sangat. Aku tau kita semua masa asasi dulu memang banyak sangat sangat main. Sebab tu berapa kerat je lepas sambung TESL kan? -.- Belajar dari kesilapan, InsyaAllah. Aku doakan kau sentiasa kuat, jangan pernah mengalah sebabnya masa depan kau terlalu jauh lagi untuk kau berhenti setakat ni (:


No comments: