Sunday, January 01, 2012

ASAL USUL KELUARGA

Bila bercakap tentang keluarga, seronok kan? lagi lagi kalau kita tahu dari mana sebenarnya keturunan kita berasal. as for me, tak tahu banyak sangat pun tentang keturunan ummi dan abah. cuma dapat cerita sikit sikit lah daripada ummi, abah, nenek semua.

Hm kalau keturunan abah, cerita tentang keturunan ni saya dapat tahu daripada nenek, auntie dan cousin saya. menurut diorang, keturunan abah asalnya dari Negeri Sembilan. kerabat diraja sana lah katanya. then, majoriti tak duduk Negeri Sembilan, semua pindah ke Pahang. tak tahu lah pulak kenapa. and sepanjang 18 tahun saya hidup ni, cuma sekali je pernah jejak kaki ke Negeri Sembilan. itupun sebab ada kenduri kahwin. so tak banyak lah yang dapat tahu tentang kesahihan cerita kerabat bagai tu. menyusahkan diri je kan nak tahu lebih lebih so buat diam jelah. bukan boleh dapat warisi apa apa pun. Negeri Sembilan kan amalkan Adat Perpatih. so apa apa pun mesti lelaki yang dapat. ehh amenda aku merepek ni? -.-" ohh yang pasti, keturunan abah memang Melayu. takde campur sana campur sini rasanya. lupa pulak nak tanya nenek.

okay okay pergi ke keturunan ummi pulak. keturunan ummi ni banyak campur campur. belah nenek, Cina and belah arwah atuk pulak, Arab dan Pattani sana mari. kalau kat Kelantan digelar sebagai "Bara". keturunan ummi disebabkan datangnya dari belah Arab, adalah nama keluarga. tapi bila tanya ummi, ummi kata ada tu memang ada tapi dia tak ingat. teringin jugak nak tahu. nanti tanya nenek balik kot kot lah dia tahu. nak tanya arwah atuk, tak boleh dah. and saya ada seorang atuk saudara dari Pakistan. handsome ummi cakap, tapi saya tak pernah jumpa. dengar sekarang tengah sakit. hm. adik beradik ummi, semua involve dalam business.

Umi keturunan Raja Jembal Kelantan belah arwah Tok Ki. Ada dua benda tak boleh makan which are rebung buluh betong dan ikan kekacang. Pantang lah kiranya. Tak tahu lah pulak apa akan jadi kalau makan dua benda ni, tak pernah try and sumpah takde niat nak try -.-

Hm korang mesti tak percaya kan darah saya dah mix macam macam. Melayu, Cina, Arab, Pattani. lagi lagi tang Cina dengan Arab tu. mana entah datangnya Cina dengan Arab kat muka saya. haha. itulah, pelik jugak. kalau balik belah ummi, mesti saya je yang lain dari yang lain. yelah, cousins semua putih melepak macam apa je. and muka diorang memang sangat nampak mix Cina-Arab-Pattani nya. dalam adik beradik pun, I'm the only one yang tanned semacam. bila dikaji semula, ceyhh kaji :| em rupanya, belah abah yang menyebabkan saya jadi macam ni. haha sebab apa? kalau belah abah, anak sulung memang akan lain daripada adik beradik yang lain. lepas dah tengok tu, ye memang betul. kalau cousins saya yang mana yang sulung tu, semua nya lagi tanned daripada adik beradik yang lain. mwehehe nak buat macam mana kan. siapa yang pernah tengok adik adik saya, memang tahu lah (: ada beberapa benda je yang saya warisi daripada ummi, kening, mata and badan yang compact ni. adik adik dua orang tu tinggi melampai. and diorang putih macam ummi. so bila balik kampung belah ummi, terasa lah jugak lain daripada orang lain :') tapi nak buat macam mana kan, ini yang Allah dah bagi pada saya. saya redha. kadang kadang pernah lah jugak rasa macam rendah diri dalam kalangan family belah ummi tu tapi bila fikir balik, sekurang kurang nya Allah tak jadikan saya cacat ataupun terencat. so, Alhamdulillah :)

To my cousins yang ada baca blog saya ni, cantik cantik sekalian, I do love all of you, so much kahwin jangan lupa jemput macam biasa :p

No comments: