Friday, November 04, 2011

RESULT FINAL.

Hari ni, 4 November, ramailah yang bangun awal pagi, menunggu kehadiran keputusan final exam. samalah macam aku. aku tak tidur terus. macam biasalah, sebelum subuh mata ni bukan boleh lelap. aku tahu aku ada migrain, patutnya tak boleh tidur lewat, tapi, who cares kan? takde orang suruh aku tidur awal (:

So, nak dijadikan cerita, aku tengah ber IM dengan Soly dan Zu. tengah tengah IM tiba tiba Zu "menjerit" dalam chatbox, "Sayang! kawan Zu cakap dah boleh cek result kat e-mail kita. takutnya!" aku memang tak lah nak percaya kan. sebab kat portal UiTM ada tulis, result akan keluar pukul 9 pagi. so, dengan tak bersedianya, aku cakap kat Zu, try bukak e-mail tengok ada ke tak. hah! ambik nak. bukak bukak je e-mail, keluar terus result aku.

Hm. result aku tak lah sehebat diorang. pointer aku cuma 3.4. setakat 3.4 kan? tu lah banyak sangat main. padanmuka aku jugak. haihh. lepas tengok result tu, macam macam perasaan bercampur. ada suka, ada frust. suka sebab aku tak expect pun aku boleh capai 3.20 ke atas. dan suka yang kedua sebab tak sangka Writing dengan Malaysian Studies aku dapat A. macam kelakar pun ada. rezeki kot. Alhamdulillah. mula mula, aku sangat lah bersyukur bila tengok result aku. tapi bila tanya tanya orang lain, mostly results diorang lebih baik daripada aku. dan syaitan pun mula bisik kat telinga aku, main main dalam otak aku, maka timbullah satu perasaan yang dikenali sebagai KECEWA dan DENGKI. Astaghfirullahalazim. tak baik betul. aku rasa down lah pulak. hish! padahal aku tahu, rezeki semua semua tu Allah dah tetapkan, Allah dah aturkan.

Jadi, aku muhasabah diri balik. sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat aku. sebab aku tahu, setakat mana je usaha aku untuk final sem 1 hari tu. dan sejujurnya, aku tak layak dapat 3.4 tu. study? memang tak lah aku nak study. aku tak suka study last minute. aku study awal awal, tapi masalahnya, aku senang nak lupa apa yang aku dah baca. so macam mana ni? -.-

1 comment:

kaKtuS.. said...

thniah..
okelatu rslt 3 ke ats..
try ur best 4da nxt time dear :)