Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 20, 2011

SAKITKU, UJIAN DARIPADA ALLAH.

Assalamualaikum dear bloggers and readers.


Baru baru ni, (takdelah baru sangat pun), aku selamat menjalani operation di sebuah hospital swasta. Alhamdulillah, operation tu cuma mengambil masa 2 jam lebih. mula mula aku masuk ward, dah kena cucuk untuk ambik darah. aku darah A+. HAHA. doktor cek tekanan darah, dan seperti biasa, tekanan darah aku rendah. tak sampai lah tahap normal 120/80 tu. dalam 90/60 macam tu je biasanya. so tiap 3,4 jam sekali, nurse akan masuk untuk ambik tekanan darah, untuk pastikan tekanan darah aku tak terlampau low. aku mewarisi umi, ada masalah sikit dengan tekanan darah ni. biasanya kalau siapa yang tekanan darah rendah ni, mudah nak pengsan. tapi Alhamdulillah aku tak. cuma antibody jelah lemah sangat sangat. pantang ada penyakit berjangkit, mesti aku antara orang yang paling awal kena -.- 

Ohh okay sambung cerita.. disebabkan aku nak dioperate, maka aku dipaksa untuk berpuasa. ye, memang masa tu tengah bulan puasa pun. so tak terasa sangat lah. hm part yang puasa tu aku tak kisah langsung, tapi yang paling aku menyampah tiap kali masuk ward, aku akan dihidangkan dengan minuman "istimewa" untuk cuci usus aku sebelum endoscopy dan operate. korang takkan boleh bayangkan air tu rasa macam mana tahu tak? aku tak pernah minum benda seteruk tu sebelum aku keluar masuk ward -.- rasa dia macam lemon, tambah dengan garam, campur air laut sikit, kacau kacau sikit dengan gula. pergh! memang HEBAT rasa dia. kalau tak sebab terpaksa, tak hingin lah aku minum. dah lah tu pulak, benda tu pekat, so aku kena campur dengan air masak, jadi macam kordial pulak dah. dalam 3 mug kot aku kena hadap benda tu. hm

Lepas tu, tiba lah saat di mana aku disorong ke bilik bedah. seronok (: nurse kat KMC semua baik baik. dah kenal dah siapa aku, muka tetap KMC sejak 2 tahun kan -.- kemudian, sesampai je kat bilik bedah, kena inject lagi. lepas tu doktor serkup muka aku dengan apa entah, dia suruh aku sedut gas ikut topeng tu. hah! dua kali sedut je, terus aku pengsan tak tersedar sampai lah operation tu selesai. hebat betul penangan gas tu.

Dah habis operation, aku dihantar semula ke bilik aku, bilik 203. dalam sejam lepas operate kot, aku terbangun. kesan ubat bius dah habis. masa tu aku meraung macam apa entah sebab sakit. serious malu bila ingat balik. nurse pun datang, inject ubat tahan sakit and ubat tidur. aku rasa masa tu aku dah tak nampak dah  benda lain. yang aku tahu aku nak hilangkan sakit tu je. Dan sepanjang seminggu lebih aku kena tahan dalam ward tu, aku memang bergantung dengan ubat tahan sakit je. tiap 3 jam, nurse akan ketuk pintu bilik, cucuk ubat tahan sakit 3 dos. kalau tak cucuk ubat tahan sakit, memang aku tak mampu nak angkat badan pun.

Lepas dah beberapa hari, okay dah sikit. sakit tu makin lama makin kurang. hilang? memang tak lah. sampai sekarang pun rasa lagi sakit dia. jadi, doktor bekalkan aku ubat tahan sakit dua jenis. ingat nak pergi follow up tapi bila dah datang angin malas tu, sampai sekarang aku tak melangkah pun ke KMC. hm seronok duduk kat KMC, dengan layanan seriously first class, makan spaghetti bagai. HAHA. tapi apa pun, favourite aku kat KMC mestilah roti bakar. iye, hidangan wajib untuk sarapan aku sepanjang kat sana. dan yang paling buat aku happy, bila saudara mara and kawan kawan TESL aku sudi datang jenguk aku. terharu rasa. ada jugak yang melangkah tengok. thanks korang (:

Dah keluar, mula lah aku dihujani pelbagai soalan, terutamanya daripada lecturer. yelah kan, mesti diorang nak tau MC sebab apa, masuk ward sebab apa. yang paling best, Madam Nurma. caring sangat :') thanks Madam. siap mintak maaf sebab tak sempat pergi tengok. aku dapat MC 20 hari. hoho sumpah lama.

Jadi kat sini, nak bagitau yang aku sebenarnya ada Colon Ulcer. mengikut apa yang aku baca,

An occurrence of ulcer in the colon can be a very painful experience for the one who is afflicted by it. Since it is not as common as other ulcers, if you are diagnosed with one, you should do something about it right away, starting off with consulting your doctor.
According to researches, there really is no specific know cause why colonic ulcer occurs and what causes them, although it was found out that it is not stress-related or is something that is caused by improper diet. Experts say that the most likely cause or causes of ulcer of the colon are bowel disorders which are normally attributed to some of the bacteria that are living in the body. This bacteria, if not processed by the body properly, would then turn out to become harmful bacteria. These bacteria causes inflammation of the colon walls, causing wounds that are known collectively as ulcer in the colon.

Ulcers in colon are serious matters that should not be taken for granted, otherwise, more serious complications may arise from them which can, in turn, be very fatal, like ulcerative colitis, Chroh’s disease, and even colon cancer.
Usually, when a person is diagnosed as having colon ulcer, doctors prescribe medications that are effective most of the time, but that is if it is not really a recurring event. However, if experiencing pain, bleeding, and pus almost all the time when a patient is defecating, then chances are, he or she would have to undergo a colon surgery in order to remove the ulcer. Do not worry, though, if you are suffering from it. As long as you do something about it at its early stages, then you would not have to worry about undergoing surgery.

Masalahnya aku ni dah boleh dianggap terlewat, sebab dah ter operate. sebenarnya, aku tak kisah sangat pun pasal sakit ni. aku tahu Dia jadikan aku macam ni bersebab. cuma kan, aku harap benda ni tak sampai jadi kanser je. aku taknak jadi macam arwah pakcik aku, meninggal sebab sakit yang sama. aku nak belajar lagi :')

Dah balik, aku dibekalkan dengan macam macam ubat yang mesti aku telan tiap hari. tapi kalau dah degil kan, memang tak lah aku nak makan -.- antara ubat nya,


Aku memang jenis takkan makan ubat selagi takde yang suruh. masa duduk kat dorm, kawan kawan lah yang bertanggungjawab paksa aku makan ubat. siap duduk sebelah aku lagi, tunggu aku makan ubat. korang memang penyayang :') samalah macam kat mrsm dulu, paksa aku telan ubat. Alhamdulillah, kawan kawan lah penguat semangat (:

1 comment:

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu