Saturday, October 15, 2011

MEDIC KE TESL.

Assalamualaikum dear bloggers and readers.

entah kenapa, hari ni tiba tiba rasa terkilan sangat bila mengenangkan offer medic Mesir yang pernah aku tolak dulu. macam bodoh je kan? kenapa lah pulak aku boleh tolak masa tu ye? offer tu datang, aku tolak :| lepas tu mula lah, sekarang ni bila aku tengok budak budak maktab aku ramai yang fly ke sana sini, Egypt, Russia untuk buat medic, aku jealous pulak. sengal je -.-

jauh betul aku pergi. dari medic, ke TESL. fuyoo! seriously aku menyesal. tapi nak buat macam mana kan? semua benda tu dah berlalu, lama dah pun. tak guna aku duk fikir sangat sangat. bukan nya bila fikir, aku boleh fly pun. ni semua berpunca daripada fikiran tak waras aku masa buat keputusan tu dulu. kalau lah aku ada keberanian sikit dengan MAYAT, aku rasa aku dah lama dah fly. ni sebab "benda" tu, aku terus lari dari bidang Science, masuk bidang bahasa. jauh tuu aku pergi -______-

dulu masa mula mula aku buat TESL, ramai yang macam pandang serong. ramai jugak yang keluarkan statement, "Laaa.. dulu belajar kat mrsm, ambik TESL je? kata mrsm, ambik lah medic ke, engineering ke, baru kena" amboii hello! kalau semua ex-mrsm ambik medic dengan engineering, siapa nak ambik TESL? takde lah kolot pun TESL tu bagi aku. in fact, aku bersyukur (:

tapi tu lah, memang tipu sangat lah kan kalau aku cakap aku tak terkilan dengan keputusan yang aku buat tu. lagi lagi bila dengar, MARA dengan JPA takde sediakan biasiswa untuk TESL. pergh! hebat betul -_____- kalau aku fly dulu, sekarang aku ada kat Alexandria University dah. haihh -.-

No comments: