Assalamualaikum dear bloggers and readers.
Di pagi 28 Ramadhan ni, tengah duduk sorang sorang, tiba tiba teringat zaman sekolah dulu. hm. rindunyaa. kalau lah dapat undur balik masa kan? seronoknya. banyak benda yang nak ubah, banyak benda yang nak diperbaiki. tapi tapi tapi, aku taknak dah ambik UPSR dengan PMR balik, sebab kalau ambik balik, belum tentu aku dapat straight jugak. aku cuma nak re-take SPM sebab SPM aku tak straight. sedih gila rasa. haisshh. HAHA. takpelah takpe, benda dah berakhir. biarkan. walaupun result SPM aku tak secomel UPSR dengan PMR, aku bersyukur. sekurang kurangnya, keputusan aku tak menghampakan sangatlah parents aku, walaupun aku tahu diorang mengharapkan lebih daripada itu. tapi Allah dah tetapkan setakat itu rezeki aku, aku takde kudrat nak ubah bila result tu dah tertera atas slip peperiksaan. kalau ye aku nak ubah pun, sebelum SPM lagi aku dah berusaha sekuat mungkin untuk result yang lebih bagus. mungkin usaha aku tak cukup masa SPM hari tu. tu lah, banyak main kann -____-
ohh ye, zaman sekolah kan. hm. terlampau lah banyak benda baik dan buruk terjadi sepanjang aku bergelar pelajar sekolah. okay kali ni aku nak brief pasal sekolah rendah aku dulu. aku bersekolah di Kota Kinabalu, Sabah masa aku tadika dan darjah satu sehingga lah awal darjah dua. sebab, lepas aku lahir je kat Kuantan ni, keluarga aku pindah ke KK. so aku dibesarkan selama 8 tahun di Sabah. seronok gila Sabah tahu tak? cuma aku taklah merasa pengalaman duduk kawasan hulu hulu tu. KK kan bandar. aku duduk rumah batu 2 tingkat. dan kemudian, aku berpindah ke Kuantan. dan aku bersekolah di sebuah sekolah bukan kerajaan, iaitu Assunta Convent Primary School.
sekolah Kristian tu. HAHA. kalau korang lalu nak pergi Teluk Chempedak, maka korang akan nampak dengan jelasnya tanda salib pada bangunan sekolah tu. tak dibuang sampai sekarang. besar ke? besar wehh. sebesar bangunan tu. kalau korang lalu memang akan nampak nya lambang salib tu. sebelum masuk sini, siap ada test bagai, untuk tengok layak ke tak masuk sekolah ni. konon lah kann, nak jaga ranking. bajet kan? sekolah ni conversation semua, fully in English. aku ulang, ENGLISH okay? sepatah perkataan BM keluar, hah! bayar lah kau 20 sen / perkataan. ohh, nampak tak perkataan CONVENT kat sekolah aku tu? itu bermakna, semua students kat situ adalah perempuan. ehem ehem ;p
Musuh ketat bagi kami, pelajar pelajar Assunta Convent ni ialah pelajar pelajar Methodist Girl School (MGS). kenapa? sebab nya kat Kuantan ni, cuma ada dua je sekolah perempuan. kitorang ber compete dalam banyak segi lah, contohnya akademik dan kokorikulum. tapi Alhamdulillah, sampai sekarang pun Assunta still pegang ranking nombor 1 dalam UPSR, mengalahkan MGS dan sekolah sekolah lain. nampak tak aku berlagak sikit kat sini? HAHA pedulik lah. MGS lebih tertumpu pada band dan instrument. hah yang ni memang Assunta tak boleh lawan, sebab kitorang takde band pun. haha sadis kan? cuma kitorang ada group choral speaking dan choir yang kuat. ehem ehem berlagak lagi =.=
Nak cerita pasal Assunta vs MGS ni memang takkan habis. sampai sekarang perang saudara ni masih meletus. ohh ohh ohh, lupa pulak. kalau korang nak tahu, MGS merupakan sekolah kluster. dan Assunta pula bukan sekolah kluster. mengapa? sedangkan dah terbukti yang Assunta lebih cemerlang. HAHA amboi kau, kena pepah dengan student MGS baru tahu. sorry kawan (: hm jawapannya adalah disebabkan, MGS merupakan sekolah kerajaan, dan Assunta bukan. maka, Assunta macam kena mengalah lah kan. ahahah biarkan biarkan.
bercerita tentang pengalaman aku kat Assunta. em banyak sangat sangat kisah hantu yang aku dengar sepanjang 5 tahun aku kat sini. kelakar je budak budak ni. biasalah kan, nama pun budak, cerita cerita macam ni memang menggetarkan jiwa raga kami lah kan? HAHA. nak kata betul sangat cerita cerita hantu ni, entahlah. ada jugak betulnya bagi aku. sebab aku pun pernah nampak. begini kisahnya,
disebabkan aku prefect, maka aku kenalah datang awal tiap hari ke sekolah berbanding pelajar pelajar lain. suatu hari tu, aku ke dewan macam biasa. hari Isnin, perhimpunan rasmi kat dewan lah kan? dewan kitorang ni betul betul kat atas bukit, belakang blok akademik. dan, yang lebih menambahkan keseraman adalah keadaan persekitaran dewan tu yang dikelilingi hutan. ehem. aku pun dengan beraninya pergi ke dewan sorang sorang. masa tu boleh kira lah berapa kerat je student yang dah sampai ke sekolah. student kat dewan? mana ada. semua student ada kat bawah lagi. maka aku pun menapak ke dewan, dengan hajat untuk switch on semua lampu dalam dewan tu. macam biasalah, emcee memang kena buat kerja ni. kebetulan hari tu aku pulak jadi emcee. kebetulan kan. okay lepastu, aku baru nak petik suis, aku nampak dua kujur tubuh yang memakai telekung sedang khusyuk solat atas pentas. aku ulang,
tengah solat atas pentas
ya Allah bayangkan apa aku rasa masa tu. nak pengsan semua ada. sebab nya, satu. memang tak logik lah kan ada manusia yang solat atas pentas. dan dan yang kedua yang lebih tak logik, "manusia" tersebut tidak bermuka. aku nak ulang jugak part ni,
"manusia" tersebut tidak bermuka
hensem kan hensem kan? aku dengan nak menangis nya, terus lari ke blok akademik. hah dah tak peduli dah skirt aku terangkat ke, rambut aku yang aku sanggul tu tercabut ke, apa ke, aku pecut je. sampai kat bawah, aku nampak kawan aku, terus aku peluk dia. gila lah masa tu. memang rasa nak tercabut segala jantung, limpa, urat saraf bagai. dah cerita cerita, kawan aku cakap biar dia naik dengan kawan kitorang untuk bukak lampu kat dewan tu. dan Alhamdulillah, takde apa yang jadi kat kawan kawan aku. ehh? tak seram ye? mungkin lah bagi korang tak seram tapi bagi aku yang masa tu baru darjah 3, memang dah cukup seram dah.
sebenarnya banyak lagi kisah kisah hantu kat Assunta ni. al maklumlah, tapak hospital tentera Jepun dulu dulu. ada yang cakap, tapak sekolah tu tempat tanam mayat mayat lah, apa lah. macam macam cerita ada. kalau korang tengok sendiri bangunan sekolah tu, ye memang dah usang pun. dah 50 tahun lebih usia Assunta sekarang. dah ramai pengetua dah tukar.
banyak kenangan aku kat sekolah ni. titik permulaan aku dalam badminton, lompat tinggi dengan lompat jauh pun dari sini. (cuma sekarang lompat tinggi dengan lompat jauh aku dah tanam dalam dalam, malas dah lompat lompat) hahah. em abaikan. aku bangga sangat sebab bergelar Assuntarian. cikgu cikgu kat sini memang the best. walaupun tak berapa menggunakan Bahasa Melayu, tapi dengan cara tu, aku dapat improve English aku. Alhamdulillah. terima kasih cikgu :')
3 comments:
Salam, baru terbaca post ni..
Hmm dulu saya pon sekolah di SK Assunta Convent.Dari tahun 97-2000.Dah lama dah tu he.Yang menariknye kisah seram dekat situ.
Saya pon ade kisah seram juga.Lupa lah darjah berapa (Dalam darjah 3 kot).Tapi apa yang seram kat situ ade satu patung dekat science lab tu matanya gerak-gerak.Waktu tu ade sorang cikgu tengah tanda buku .Dia sorang-sorang je dalam lab.Menangis dia sebab ternampak patung dalam lab mata gerak-gerak. Kes kedua pula (rasanya hari sama terjadi)ada kasut buruk , entah sape punye entah.Bergerak dari bilik darjah ke bilik darjah.Macam ada orang sepak gitu.Berlari sume student turun bawah.Semua berkumpul dekat depan bilik guru.Termasuk lah saya siap tarik tudung kawan sebab takut. Wallahualam.Kalau dengar kisah ini bunyi macam direka sebab saya jenis tak percaya kisah hantu.Tapi nak buat camne diri ini berada di tempat kejadian(cume tak nampak lah kasut tu gerak2, nampak budak2 ni lari saya pon lari sekali).
Itu dahulu sekarang sekolah ini dah jadi sbt mana2 tempat pun sama tapi murid disini baik2
hi.. sy anieishha.. sy skrng tngh bljr kt sk assunta convent jugak. sy skrng calon upsr 2014..
dlm 5 tahun ni .. sy pon rase gitu .. rmi kwn2 ku ckp mcm kak ckp tu.. mng seram giller.. tapi last year 2013.. sy kelas 5aktif kelas kt bawa tu.. dkt bilik musik n bilik kh tu.. mng ada something kt situ.. but now sy x tahu nk ckp pa.. i'm waiting to go form 1 dah ni... sbb sy dah
Post a Comment