Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 02, 2011

UiTM DI HATIKU

assalamualaikum dear bloggers and readers (: anda sihat? Alhamdulillah  

baiklah, jam menunjukkan pukul 2:07 a.m (2/6/2011) sekarang, dan saya masih belum tidur, kenapa? awal lagi. HAHA :D awal ye? tipu sungguh. bukan apa, tak boleh lah pulak nak tidur, tekak sakit sangat, batuk berkokok-kokok, kalah kokokan ayam-ayam kat rumah nenek (:

dan tadi migrain ku kembali menyerang, ya Allah, habis muntah-muntah. perut pun kosong kembali lah kan? sadis sungguh malam terakhir di rumah ni :( rata golek-golek, atas sofa kat ruang tamu, atas katil dalam bilik, berjalan kaki ke dapur, ke beranda, nak hilangkan migrain tu tapi tetap macam tu jugak. nasib baik tak kurung diri dalam stor barang-barang tadi. stor kasut ke kan =.=" ingat nak mandi lagi sekali tapi sejuk lah pulak. jadi, telan ubat migrain, baring-baring kejap, lepas dah muntah tu, beransur pulih lah, Alhamdulillah :D janganlah kat campus nanti nak migrain migrain lagi. tak larat den macam ni =.=" pi sana nak belajar, bukan nak sakit sakit, tolonglah ehh :D

jadi, bercerita tentang campus, seperti yang telah saya khabarkan dengan kecohnya di laman web sosial Facebook, ecehh! teringat pulak essay sewaktu interview untuk Asasi TESL UiTM haritu, tentang "social networking" okay dah start merepek pulak, HAHA abaikan ye :D okay okay, bercerita tentang campus, saya, sebagai salah seorang daripada 120 pelajar asasi TESL, telah ditetapkan oleh pihak UiTM untuk menetap di Padang Lalang. HOHO Padang Lalang? memang best lah pulak kan? dalam 10 minit je ulang alik dari rumah. Alhamdulillah rezeki. mesti ramai tak puas hati. 

HAHA teringat pulak semasa MDS di UiTM Khazanah Alam, Jengka Bandar Metropolitan, bila ada kawan-kawan baru tanya, "Alia, duduk kat mana?", bila saya jawab je "Kuantan" mesti diorang akan cakap "Alah, kira balik ke rumah semula lah ni ye, HAHA" ye, Alhamdulillah (: dah rezeki kat sini. ada hikmah kenapa Allah bagi dekat-dekat je dengan rumah, mungkin disebabkan tahap kesihatan saya yang makin merundum ni. jadi, dekat lah dengan Kuantan Medical Centre tu kalau tetiba jadi apa-apa kan? HOHO mintak jauh. tak larat dah masuk wad, kena cucuk sana cucuk sini, operate sana sini. kesian usus saya, tak bersalah. pastu takut Dr. Abdul Aziz tu bosan tengok muka saya kat KMC. mesti beliau cakap, "awak ni, susah betul nak cari urat awak, nak cucuk pun susah. urat awak suka main lari-lari" HAHA :D okay merepek lagi alia kan? =.="

baiklah, back to our main topic, hari ini, 2 JUN 2011, ramai lah siswa siswi UiTM Kuantan yang akan mendaftar buat kali kedua di campus. dan hari ini jugak, kami akan menyerahkan borang perjanjian asasi IPTA. siswa siswa campus lain mesti dah hantar kan? kami lah special sikit, slow and steady, YEAH! 

maka, hari ini juga akan bermulalah secara tidak langsungnya kehidupan saya sebagai MAHASISWI di UiTM KUANTAN yang tercinta :D HOHO, "mahasiswi" tu, tak seram ke? HAHA agaklah. sekarang dah tak main dah KELAS ni, kita gunakan istilah KULIAH pulak dah. besar dah terasa. HUHU. be matured dear. 

okay, takde apa sangat nak cerita sebenarnya, tapi yelah kan, nak jugak cerita. HAHA. saya akan belajar dan menetap selama setahun di sini,

UITM PADANG LALANG


terima kasih, clap your hands, HAHA :P okay barang-barang semua dah siap pack, Alhamdulillah. jadi nanti tak payah kalut malut sangat kan? baju kurung pun semua dah siap iron. HUHU semangat tak kita? biarlah en? lepas dihitung, dicongak segala barang, MasyaAllah, banyak nya. rasa macam nak pindah terus je ni. scroll down untuk lihat :





sebenarnya takde lah banyak sangat pun, tapi banyaklah jugak. HAHA. then, ini adalah barang WAJIB yang perlu saya bawa ke campus. kalau takde barang-barang ni, boleh COLLAPSED (:

Ubat gastrik

Ubat migrain

Ubat-ubatan

Kad matrik

Phone murahku

Sebenarnya ubat migrain dan gastrik tu diberi oleh pihak UiTM Jengka semasa MDS. sebab apa? sebab saya tiba-tiba collapsed. kekurangan air dalam badan, dan terlebih klorin. boleh pulak kan? ni semua WATER COOLER punya pasal. tolonglah boikot =.="

jadi kesimpulannya, kena bawak air mineral banyak-banyak lah. senang, tak payah mengada nak tadah air water cooler tu. kalau tak, nanti sakit tekak, batuk dan sebagainya. macam saya ni, suara dah kalah ELLA kan? batuk tu jangan cerita lah. nak tercabut anak tekak ni ):

baiklah, saya sebenarnya tak sabar nak memulakan kelas pertama. excited terasa (: semoga Allah permudahkan tiap urusan kita, di dunia mahupun akhirat 

okay baca doa sikit kawan-kawan,
DOA APABILA MULAI BELAJAR
Ya Allah, bukakanlah keatas kami hikmat-Mu dan limpahilah keatas kami khanazah rahmat-Mu, wahai yang maha pemurah lagi maha penyayang.
v DOA SEDANG BELAJAR
Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku sebagaimana orang-orang yang arif. Kurniakanlah kepadaku kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan rahmat-Mu wahai tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang.
DOA MOHON TERBUKA HATI DAN FAHAM
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah fahamku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusan ku. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau beri cahaya kepada matahari dan bulan dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, Wahai yang Maha Penyayang.
DOA MOHON TIDAK LUPA KEFAHAMAN
Ya Allah, kurniakanlah kepada-Ku kefahaman para Nabi dan hafalan para Rasul dan ilham Para Malaikat yang hampir (dengan-Mu). Wahai yang Maha Pembuka dan Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang yang arif, Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang Engkau tahu tentang sesuatu berkenaan dengan diriku. Kembalilah ia kepadaku sesuai dengan hajatku kepadanya dan janganlah Engkau melupai sesuatu tentang diriku, wahai tuhan yang memiliki sekalian alam.
DOA MUDAH HAFAL ILMU
Maka kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu, dan masing-masing (dari mereka berdua) kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak ), dan kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji kami bersama-sama dengan Nabi Daud, dan adalah kami berkuasa melakukan semuanya itu.

*Amal kan membaca ayat ini sebelum matahari terbit sebanyak sepuluh kali, selam tujuh pagi berturut-turut, diikuti doa berikut:
“ Wahai Tuhan yang hidup,Wahai Tuhan yang berdiri dengan sendirinya, Wahai Tuhan Nabi Musa, Wahai Tuhan Nabi Harun, Wahai Tuhan Nabi Ibrahim, Wahai Tuhan Nabi Muhammad s.a.w., muliakan dan kurniakanlah aku nur kefahaman dan kurniakanlah aku ilmu dan hikmah dan akal yang sempurna dengan berkat nama-namamu, Wahai Tuhan yang mulia, Ya Allah, curahkan keselamatan dan kesejahteraan keatas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan keatas keluarganya dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
DOA MOHON DIJAUHI ILMU TIDAK BERMANFAAT

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak puas-puas, dari doa yang tidak dikabulkan.

dan juga, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kakak-kakak OC yang sangat cantik comel baik hati, yang telah banyak membantu saya dan junior-junior TESL yang lain. nak sebut nama lah sikit,


ecehh kak, kasi kembang semangkuk sikit, HAHA :P blog diorang ni sangat banyak membantu, terharu :')

p/s : akak, kalau ada terbaca ni, kasi comment sikit :p


5 comments:

oc farah ttk :D said...

good luck my soul sister! :)

take care kat sana :)

jangan nakal-nakal taw :)

bangga nama akak ade.. :D

aliasyafiqahh said...

haha. thank you dear sis (: tak nakal kot, tengoklah dulu. hoho :D u too, take care :)

Cik Kim said...

hye junior !

good luck in your foundation.

all the best ! >,<

aliasyafiqahh said...

Cik Kim, thanks :D InsyaAllah (:

e'ka zulaikha said...

gud luck too, dear..

*TESLian senior*