Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 17, 2011

MRSM KU TERSAYANG

Assalamualaikum dear bloggers and readers (:

hari ini malas sikit nak menulis. so saya hanya nak tunjukkan gambar gambar dua MRSM, tempat saya menuntut ilmu sebelum menjejakkan kaki ke UiTM Padang Lalang. 


warga MRSM Bentong batch 2009/2010 merupakan batch MRSM paling beruntung kerana dapat merasmikan serta menjadi perintis (first batch) bagi dua maktab. kami, pelajar pelajar tingkatan empat (2009) mula mendaftar pada bulan 3, dan diikuti dengan pelajar pelajar tingkatan 1 (2009).

MRSM BENTONG

Lebuh raya KL-Karak (dari maktab ke tol Karak hanya mengambil
masa tak sampai 5 minit)
Papan tanda
Bas rasmi (selalunya saya naik time ada tounament
badminton daerah atau negeri)
Dataran perhimpunan (tiap pagi kena nyanyi lagu
negaraku, lagu maktab dan buat "brain gym")
Blok asrama (satu dorm ada 8 orang, pagi nak pergi kelas
tak mandi pun takpe, sejuk macam dalam igloo)
Blok asrama dan blok akademik
Musolla / surau (wajib solat berjemaah Maghrib,
Isya' dan Subuh)
Blok akademik (BA)
Wakaf musolla (tepi musolla, depan
bangunan aspura)
Dewan serbaguna (perhimpunan rasmi hari Isnin dekat sini,
em rindu nak jadi MC lagi)

Cantik kan MRSM Bentong? ceyy puji maktab sendiri nampak? nak penyepak ke? HAHA. em MRSM Bentong adalah MRSM paling mahal yang pernah dibina oleh pihak MARA. terletak betul betul di tepi lebuh raya KL-Karak. bagi mereka yang pernah melalui lebuh raya ini, secara automatik anda akan dapat lihat MRSM Bentong ini. tapi sayangnya, kami hanya sempat menggunakan MRSM ini selama lebih kurang 1 tahun 3 bulan akibat cerun runtuh di padang hoki dan apartmen guru.

dan kemudian, pada 1 Mei 2010, kesemua pelajar MRSM Bentong seramai 804 orang telah dipindahkan ke sebuah MRSM yang baru siap dibina di bandar Pekan, Pahang. Perpindahan tersebut turut melibatkan kesemua 74 orang guru serta staf MRSM Bentong. sekali lagi, kami terpaksa mengemas semua barang, angkut semua buku untuk memulakan kehidupan baru di tempat baru. Pengetua kami, iaitu Tuan Haji Yusof bin Hassan telah menyewa berbelas bas serta menyediakan kotak kotak bagi menyumbat segala barang untuk memudahkan urusan perpindahan.

Kabut je semua orang kan sebab barang banyak =.=

  MRSM TUN ABDUL RAZAK

okay, MRSM ni tak secantik MRSM Bentong lah kan. panas sangat, tak macam MRSM Bentong yang sejuk tiap masa tu. tapi apa pun, maktab di Pekan ni tetap best walaupun kami, pelajar pelajar tingkatan 5 (2010) hanya sempat menggunakannya dari bulan Mei 2010 hingga November 2010.

Okay saya terpaksa jadi promoter papan tanda maktab.
kenapa pakai stokin? sebab kat semua MRSM, wajib untuk
memakai stokin (dalam Islam pun wajib kan)
Bas maktab (untuk kegunaan aktiviti rasmi sahaja) - rindu
nak pakai tudung berjahit kat depan :(
Musolla / surau (jauh lebih besar dari surau MRSM Bentong,
wajib untuk solat Magrib, Isya', Subuh dan sunat Dhuha tiap pagi Sabtu)
Bangunan koperasi (tempat saya wajib singgah ni)
Gelanggang dan padang (kami main basketball kat sini,
best ;D)
Kafeteria (hah ni tempat saya wajib singgah untuk beli lepas habis kelas,
habis prep malam, hampir tiap masa lah saya kat sini,
study untuk SPM pun kat sini sampai saya digelar makcik kafe yang kaya =.=) 
Pejabat dan bilik kaunseling (tempat bayar duit caruman
RM 30 / bulan)
Bangunan bilik guru dan perpustakaan (tempat study paling popular
masa exam final semester dan SPM)
Jalan masuk ke maktab (wajib singgah untuk ambil
kad outing dengan pakcik jaga dekat pondok)
Dataran perhimpunan (beratur ikut kelas, baca
SEED Broadcast tiap pagi =.=)
Laluan ke blok akademik (mengelakkan panas
dan hujan)
Laluan ke musolla / surau (wajib okay ke surau)
Tanah lapang (setiap homeroom kena tanam sebatang
pokok kat sini, satu kelas ada dua homeroom)
Dataran perhimpunan (kawad kaki dekat sini,
panas macam apa dah entah tempat ni =.=)

setelah empat semester kami bertungkus lumus dalam pelajaran, akhirnya majlis graduasi telah pun dilangsungkan dengan cukup gilang gemilang di dewan serbaguna MRSM Tun Abdul Razak. seramai 452 pelajar tingkatan 5 telah diraikan dalam majlis ini. 

oren --> first class honour
merah --> second upper class honour
ungu --> second lower class honour

Kitorang dah grad dah (: (muka gembira baling mortar board
masing masing selepas majlis graduasi)
452 pelajar tingkatan 5 (2010),
first batch of MRSM Bentong / Tun Abdul Razak

dah masuk UiTM ni, rindu pulak masa masa kat maktab dulu. macam macam yang telah kita pelajari dengan bergelar pelajar MRSM. memang ada jatuh dan bangun sepanjang berada kat sini. tapi, itulah yang buat kita makin susah nak lupakan zaman persekolahan. anda bagaimana? (:


8 comments:

Shahrin Shahrani said...

kau buat hatiku sayu. :(

aliasyafiqahh said...

@Shahrin Shahrani, HAHA entah pape kau nak sayu sayu ;p aku tahu kenapa kau sayu sangat (:

enonimes said...

best dowh mktb kite.ak hrp kite smue diberi kesmptn utk reunion rmai3.super best.sayu pilu trharu.wah.wah.wah.melalut sudh.byk tol kngn. :))))

aliasyafiqahh said...

@Aezudin, bukan main touching lagi anda ye? HAHA. InsyaAllah, kalau ada umur, ada rezeki, ada jodoh (:

Shahrin Shahrani said...

haha. hurm. jom jadi mc lagi jom ? :P

kenowanie said...

aq rindu kt maktab....alia,tersentuh hati aq bce entry ko nih..:D

Anonymous said...

mrsm kt benntong 2 masih di gunakan lagi ke masa nie???just asking..btw cntik sgt mrsm 2

Anonymous said...

Hai akak2 n abg2 ex mrsm bentong. Saya ni student mrsm bentong f1, so thn dpn f2 lah kn. Nama saya alia batrisyia tp student f1 panghil sy alba. Nnt kalau nk melawat maktab, dtgla ramai2. Boleh kenal2 dgn akak2 yg cantik2 ni kn.