Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 02, 2011

SI BUSUNG

busung? alamak! kenapa tajuk post kau macam ni alia? haa! inilah nak kasi tau satu cerita kat korang semua. semalam saya pergi tengok sepupu mak kat maran. kesian kat makcik tu. dia kurus sangat, macam mayat hidup wa cakap lu. tapi.... perut dia kembung, buncit macam perempuan tengah mengandung sembilan bulan. bayangkan macam mana seksanya makcik tu. kalau dalam biology, macam orang kat Afrika tuh, kena kwashiorkor you tau tak? kesian makcik ni.

masa tanya makcik tuh, dia cakap dia kena kanser usus. tapi yang peliknya, kenapa sampai macam tu sekali perut dia membesar? dia takboleh langsung duduk, berdiri lagilah kan? bila baring pun, dia boleh baring mengiring sebelah kanan je, belah kiri tak boleh. so, nak dijadikan sebab lah agaknya, perut dia yang besar tu macam senget ke sebelah kanan. kesian sangatsangat kat makcik ni. HAH! apa kena mengena kanser usus dengan BUSUNG? tak ada kena mengena kan? haa.. ni lah nak cerita :

macam ni ceritanya, makcik ni dimadukan. ahah! madu you tau tak? MADU!  dan yang menyedapkan cerita lagi, orang cakap makcik ni dibomohkan oleh MADU dia. ohooohooiiii kau! dah lah rampas suami orang, amboi! nak buatbuat kat isteri pertama tu pulak! banyak cantik ke kau hah?! jahat betul. yang si suami tu lagilah pulak. takjenguk langsung si bini tu tengah sakit. haish! ada jugak orang macam ni. lagi satu, ha! ini lagi satu cerita. masa tu makcik tu tengah terlantar kat hospital. tibatiba sang suami dan isteri mudanya datang. *kononkonon nak datang jenguk lah,huh!* makcik ni taktau pun suami dengan MADU dia tu nak datang, sebabnye diorang sampai senyapsenyap, takbagitau langsung. belum sempat masuk bilik makcik tu, makcik tu terus meracau, macam orang kena histeria. HAH! lagilah menguatkan andaian orang awam, bahawa MADU tuh yang bomohkan si isteri tua. hah kau! pelik kan? zaman sekarang yang dah maju ni pun, macamacam hal yang pelik jadi.

makcik ni, tiaptiap minggu dia akan pergi klinik.buat pemeriksaan kesihatan. okay je. tak sakit apaapa. tibatiba sampailah satu masa ni, dia jatuh sakit. pergi hospital, doktor cakap dia kena kanser hati. apa yang peliknya, kanser kan boleh dikesan pada peringkat awal. ni tibatiba je kena kanser. dalam masa sebulan, perut dia terus membesar, mendadak. sekarang ni, dia terlantar je kat rumah kakak dia. nasib baik kakak dia tu boleh diharapkan.

si suami?? HAIH! takpayah tanyalah. senyap menyepi tanpa sebarang khabar berita. MADU dia pulak?? hurm.. tu lah racun nya. harapharap Allah bukak lah mata siapa yang dah kenakan makcik tuh. Amin..

No comments: