Ya Allah..
permudahkan urusanku dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan,
permudahkan urusanku ketika menduduki peperiksaan,
permudahkan urusan pemeriksa ketika menanda kertasku,
lembutkanlah hati pemeriksa ketika menyemak jawapanku,
janganlah kau sulitkan urusanku,
janganlah kau sulitkan urusan pemeriksa..
Ya Allah..
sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuan-Mu,
sesungguhnya Kau yang telah menciptaku,
dari sehina-hina kejadian,
menjadi makhluk-Mu yang terbaik bergelar manusia..
Maka dengan itu,
aku percaya bahawa segala apa yang telah Kau tentukan merupakan yang terbaik,
aku redha dengan segala qada' dan qadar ku,
sesungguhnya Kau lah Maha Berkuasa di atas setiap kejadianku..
Kau lah yang Maha Pengasih,
Maha Penyayang,
dan Maha pemberi serta penentu rezekiku,
Amin Ya Rabbal Alamin..
No comments:
Post a Comment