Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, April 05, 2015

KITA.

Hei kamu.
Ya, kamu di situ.
Tak perlu menuding pada yang lain.
Aku tidak menaruh rasa pada mereka.
Hanya kamu.
*copy paste dari puisi Hafizi, Mei 2014

Sayang..
Aku harap bila kau rasa marah,
Kau baca puisi bodoh aku ini.
Aku harap bila kau mahu mengalah,
Kau rasakan puisi bodoh aku ini.

Aku bukan seorang penulis.
Jarang sekali aku lakukan ini.
Bait-bait aku tidak indah.
Bait-bait aku bukannya bunga.
Tapi sekali aku menulis,
Kau perlu tahu ini semua tulisan hati.

Sayang..
Ketahuilah bahawa aku sangat kasih.
Ketahuilah bahawa aku sangat cinta.
Ketahuilah bahawa aku sangat rindu.

Terima kasih kerana kau selalu ingatkan aku.
Terima kasih, di saat aku lupa, kau masih setia.
Terima kasih, di saat aku sedang di bawah,
kau menarik aku ke atas semula.

Bukan kita tak pernah rapuh. Pernah..
Tapi kerana satu rasa itu,
kita kembali semula kepadaNya.
Sayang.. Bersyukurlah!
Kerana Allah masih sayangkan kita.

Sayang..
Aku bersyukur kau masih ingat Dia.
Aku bersyukur kau masih ingatkan aku.
Aku bersyukur kau masih ingatkan aku tentang Dia.


Kenapa dalam berjuta di luar sana,
Hati aku tetap pilih kau?
Kerana kau istimewa.
Kau nampak di mana celanya aku.
Kau tahu di mana buruknya aku.
Tapi kau tetap terima seorang aku.

Aku mahu kau bukan cuma kerana cinta.
Aku mahu kau kerana aku mahu cintakan keluarga kau.
Aku mahu kau untuk kita cuba sempurnakan diri.
Aku mahu kau supaya kita dapat tebus semua alpa dan dosa,
Yang pernah kita capai dulu.

Aku tahu kau bukan sempurna.
Aku tahu kau tak punya segala.
Tapi kau punya sesuatu yang tiada pada yang lain.
Percayalah sayang,
Aku tahu.

Biar apa orang kata,
Biar sekeras mana orang nafikan kita,
Biar dengan siapapun kita bersama,
Biar jauh manapun jarak kita,
Biar besar mana dugaan tiba,
Kita cuba,
Kita doa.

Yang aku tahu,
Kalau hati kau tetap untuk aku,
Kalau hati aku tetap untuk kau,
Kalau aku mahukan kau dan kau mahu aku,
Kalau kita tahu apa yang kita mahu,
Kita akan lepas semuanya.

Sayang..
Kita cuba.
Kita doa.
Kita tahu kita punya Dia.
Kita tahu kita boleh sentiasa petik nama,
Dalam setiap sujud dan doa.
Kau tahu bagaimana kau mahu jadikan aku isteri,
Begitu juga aku mahu kau jadi sang suami.

Aku mahu kau bawa aku dalam keluarga kau.
Aku mahu bawa kau dalam keluarga aku.
Aku mahu kau pimpin aku ke syurga-Nya.

Sayang..
Kan kau janji mahu jadi imam aku?
Kan aku janji mahu solat di belakang kau?
Kan aku janji aku mahu jadi isteri berpurdah kau?

Iya sayang..
Suatu hari nanti :)

Saturday, May 03, 2014

TUJUH.

Angin,
bantu aku, boleh?
Sampaikan rasa hati ini,
Kirimkan rindu yang bertamu di kalbu,
Tiupkan angin cinta agar dia tahu betapa aku seksa,
Menahan rasa, memendam rindu pada jiwa nan satu.

Bintang,
ke mari kamu.
Tolong aku, mahu?
Izinkan aku untuk meminjam hujung bucu,
Agar aku bisa menggantung ayat-ayat rindu.
Supaya bila dia memandangmu,
dia tahu betapa aku damba
kehadirannya dalam hidup aku.

Hei kamu.
Ya, kamu di situ.
Tak perlu menuding pada yang lain.
Aku tidak menaruh rasa pada mereka.
Hanya kamu.
Pesan aku cuma satu,
segera kembali kepadaku.
Kerna hati sudah tidak mampu
menanggung rindu.

By MUHAMMAD HAFIZI HUSAINI
1:58 a.m.


It has been 7 months, and we're still counting,
alhamdulillah.. May this love of ours keep
on going strong for each other, each day,
insyaAllah.

And here's for you, sayang.
Thank you for being there for me
when I was at my lowest.
And thank you for still loving me
when I wasn't very lovable.  
I love you. 


Tuesday, February 18, 2014

WAKTU WAKTU DOA DIMAKBULKAN.

KETIKA PERANG
 Dari Sahl bin Sa’ad RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
“Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat azan dan doa ketika perang berkecamuk”

TATKALA BERBUKA PUASA
Dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash RA bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”

SETIAP SELEPAS SOLAT FARDHU
 Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah S.A.W ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah S.W.T, baginda menjawab,
“Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai solat fardhu”
DI ANTARA AZAN DAN IQAMAH
 Dari Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, 
"Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah”

HARI ARAFAH (9 ZULHIJJAH)
 Dari ‘Amr bin Syu’aib RA daripada bapanya dari datuknya bahawasanya Nabi S.A.W bersabda,
"Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”

WAKTU SUJUD DALAM SOLAT
 Dari Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, 
"Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan”

SEDANG TURUNNYA HUJAN
Dari Sahl bin a’ad RA bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, 
"Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan. Waktu hujan doa tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim"

SEPERTIGA MALAM (3.00-4.00 a.m)
 Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda,
“Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya”

SESAAT PADA HARI JUMAAT 
Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza. Kemungkinan besar waktu tersebut berada saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat atau sehingga selesai waktu solat Asar bagi orang yang menunggu solat Maghrib. Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”

KETIKA WAKTU TERBANGUN TIDUR PADA MALAM HARI BAGI ORANG YANG SEBELUM TIDUR DALAM KEADAAN SUCI DAN BERZIKIR KEPADA ALLAH
Dari ‘Amr bin ‘Anbasah RA bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
"Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya”

Tuesday, January 28, 2014

TOLONG JANGAN TINGGAL AKU.

Ada beberapa sebab kenapa aku tidak mahu kau tinggalkan aku, yang perlu kau tahu.

PERTAMA (Subuh) : Aku tidak mahu kau dicampakkan ke dalam api neraka yang marak selama 30 tahun, yang mana bersamaan 60 ribu tahun di akhirat.

KEDUA (Zohor) : Aku tidak mahu engkau mendapat dosa bagai membunuh 1000 umat Islam.

KETIGA (Asar) : Aku tidak mahu dosamu dicatat bagai telah meruntuhkan Baitullah.

KEEMPAT (Maghrib) : Aku tidak mahu dosamu ditambah yakni dosa yang sama bagaikan berzina dengan ibu atau bapa kandungmu sendiri.

KELIMA (Isyak) : Aku tidak mahu hidupmu di muka bumi ini hilang dari keredhaanNya dan tidak mendapat keredhaanNya.

6 balasan buruk jika meninggalkan aku semasa hidup di dunia :
1. Ditinggalkan berkat pada umurmu.
2. Allah akan menghapuskan tanda tanda orang yang soleh dari mukamu.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadamu.
4. Segala doamu tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada bagimu bahagian daripada doa orang orang soleh.
3 balasan buruk jika meninggalkan aku semasa hendak mati :
1. Mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haussehinggakan jika diberikan kepadamu selautan air di dunia ini, kamu tetap merasa tidak cukup.
3 balasan buruk jika meninggalkan aku semasa di alam kubur :
1. Disempitkan kuburmu.
2. Dinyalakan apidi mana kamu akan membalik balikkan dirimu sendiri di dalam api tersebut.
3. Allah mengerahkan ular yang paling besar bernama Suja'ul Aqra' untuk menyebat tubuhmu.
3 balasan buruk jika meninggalkan aku semasa hari kiamat :
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar mencampakkanmu ke dalam neraka.
2. Allah memandang kamu dengan pandangan yang penuh murka.
3. Allah akan menghitungmu dengan kiraan yang paling berat dan terus dicampakkan ke neraka jahanam.
**HUKUM MENGUMPULKAN 2 WAKTU SEMBAHYANG :
Kadangkala, ada antara kita yang lalai atau sengaja melengah lengahkan dan menggabungkan dua waktu sembahyang, contohnya sembahyang Maghrib pada akhir waktunya dan diikuti dengan sembahyang Isyak sebaik sahaja masuk waktunya.
Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sesiapa yang mengumpulkan dua solat tanpa ada halangan (dengan sengaja), maka sesungguhnya dia akan memasuki neraka dari pintu dosa dosa besar" - HR Al-Hakim

Thursday, January 16, 2014

KISAH DI NERAKA.

Assalamualaikum..
Luangkan masa utk membaca sahabat sahabat sekalian. Semoga kita sama sama mendapat iktibar dan manfaatnya. Ini merupakan kisah seseorang yang hanya mahu dikenali sebagai "saya" (:

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika..

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya.. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

“Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluan nya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang, berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makanan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikan ilmu nya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu?

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

**Semoga sama sama mendapat iktibar dari kisah ini. Pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri. Semoga Allah sentiasa melindungi diri kita dan menguatkan iman kita dalam menempuh kehidupan seharian.

Saturday, September 15, 2012

AURAT DAN WANITA.

Assalamualaikum..
Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.

Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Namun begitu, terdapat juga segelintir besar wanita Islam yang tidak bersyukur dengan apa yang telah disyariatkan Allah ini. Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.

Sedarkah anda wahai wanita, bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran..

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[Surah An-Nur: 31]

Konklusinya dengan lebih mudah, mahram seorang wanita, yang boleh melihat auratnya ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi bapa kandung, bapa mentua, bapa susuan, anak kandung lelaki, anak tiri lelaki, anak susuan lelaki, saudara kandung lelaki, saudara susuan lelaki, anak saudara lelaki dan bapa saudara.

Namun wanita kini, mereka sendiri dengan sesuka hati mendedahkan aurat dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.

Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?

Dimana istimewanya lelaki yang bergelar suami berbanding dengan lelaki lain di luar sana yang mendapat HAK yang sama dengannya? Apakah mereka merasa biasa dengan situasi itu? Sungguh rugi dan dayuslah mereka sebenarnya.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[Surah Al-Ahzab:59]

Dan tahukah anda lelaki, bahawasanya ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

3. Saudara kandung lelakinya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh ke bahu saudara kandung lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara kakak dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan mereka di akhirat nanti.

4. Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Jadi bersediakah anda kaum lelaki untuk ditarik ke neraka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak menarik anda ke neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.

Kita pula sebagai kaum wanita seharusnya menjaga martabat kita selaku wanita yang mana sudah jelas Islam memandang tinggi martabat wanita. Apalagi yang kita mahu, syurga terbentang sedia, masihkah neraka yang didamba? Sungguh rugi dan celakalah jika demikian rupa.

Monday, September 03, 2012

9 ANAK SYAITAN.

1. Zalituun
Duduk di pasar atau kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat dan seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat  serta tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari. 

Saturday, August 11, 2012

UNTUK KAU KAWAN.

Dear my friend,
Aku tengah dalam ward KMC masa aku tulis post ni untuk kau. Jadi sorry lah ye kalau tulisan aku macam tak berapa bagi kesan kat kau ke apa. Effect ubat bius tak habis lagi so aku macam tengah mamai mamai lagi masa tulis ni. Haha. Aku bukak FB, terbaca status kau yang sebegitu. Serious dengan aku sekali terasa. Maybe kau cakap, aku takde kat tempat kau jadi aku tak boleh faham apa yang kau rasa. Yelah, mungkin. Mungkin aku tak boleh nak faham kau sebab aku tak rasa apa yang kau rasa. Memang aku tak boleh nak tolong banyak. Tapi sebagai kawan, aku dengan kawan kawan kita yang lain cuma boleh bagi semangat kat kau sikit sikit. Selebihnya terpulang pada kau. Aku terkejut time baca status kau tu. Memang kau betul, selama ni kau gelak gelak, happy happy depan kitorang, kitorang tak pernah tahu kalau belakang belakang tu kau sedih ke, down ke. One thing for sure, kau jatuh, kawan kawan kau akan selalu ada, support kau, kalau diorang tu betul betul kawan kau. Aku rasa aku pernah dah cakap macam ni kat kau kan? Aku faham perasaan kau bila tak dapat capai apa yang kau nak. Aku pun pernah rasa. Banyak ikhtiar lain sebenarnya. Doa banyak banyak semoga Dia tunjukkan jalan terbaik untuk kau. Kau sendiri tahu kan betapa power nya doa tu sampai ada sebut dalam Al-Quran, "Doa itu senjata orang Mukmin". Kadang kadang mungkin kita terlalai, lupa pada Dia. Jadi Dia uji kita supaya kita ingat balik pada Dia kan. Mungkin kali ni belum rezeki kau, rezeki orang lain. Mungkin kali ni Allah uji kau, Allah tak uji orang lain. Tapi hidup kita kan fair? Tak selamanya kita kat bawah, tak semestinya kita sentiasa kat atas. Aku harap kau takkan pernah give up. Lepasni, ada rezeki, gunakan betul betul peluang yang ada tu. Jangan main main, jangan lalai lalai sangat. Aku tau kita semua masa asasi dulu memang banyak sangat sangat main. Sebab tu berapa kerat je lepas sambung TESL kan? -.- Belajar dari kesilapan, InsyaAllah. Aku doakan kau sentiasa kuat, jangan pernah mengalah sebabnya masa depan kau terlalu jauh lagi untuk kau berhenti setakat ni (:


Friday, June 15, 2012

THE FREAKING SPECTACULAR, WONDROUS MDS SESSION JUNE-OCTOBER '12

Assalamualaikum people (:

Well, Alhamdulillah, the MDS was over. Everything went very well and smooth, Alhamdulillah. So here are some of the pictures,

On our way to UiTM Khazanah Alam
And Alhamdulillah, we were safely arrived in UiTM Pahang at 2:30 p.m on May 29. Eh jap jap, before we went to Jengka from Sekilau Campus, we went to Padang Lalang Campus to 'grab' this,

OC's vest
Awesome, is it? (: We had to wear this all the time, together with the OC tag. Nice XD

Chacha's, mine and Billa's
And yeah, welcome to UiTM Jengka! XD


By the time we arrived in UiTM Jengka, Billa, Farhan, Chacha *I called her Chachos* and I decided to stay in the same room, 


All of the OCs were staying in block C. Why? To make things easier *mungkin*. There was nothing much on the first few days for us the OCs except for all the taklimats that we had to attend. Fiuhhh! Penat tau tak walaupun taklimat je? -.-" But it was kinda fun and awesome for me, I don't even know why. The OCs were all awesome and superb! There were altogether 170 OCs from UiTM Pahang Kampus Jengka and 20 OCs from UiTM Pahang Kampus Kuantan. See the difference? But who cares?
'Cause we're family ;)

Ohh and then, all of the OCs from Kuantan had to prepare the goodie bags for the TESLians and Lawrians. Ada 600 kalau tak silap semuanya -.-

The empty bags
OC Siswi from Kuantan
It was kind of fun to do this with them. 600 bags seemed impossible to be completed in less than 3 hours but we were managed to do it! (: Plus, dengan teka teki merepek daripada diorang, lagi lah tak rasa penat XD Here are some of the teka teki,

1. Haiwan apa lebih besar daripada ikan paus?
*We were all blurred with the question but guess the answer?
IKAN PAUS CELUP TEPUNG -.-"
Hahaha sengal gila! Kitorang gelak macam apatah dapat soalan macam ni from Iman. Haihh XD
2. Apa persamaan sperm dengan mayonis?
Ini teka teki from Chachos. And the answer is,
LADY'S CHOICE -.-"
Eeee geli gila Chacha ni. HAHA

And yeah, lepas dah siap, pergi makan ramai ramai. And Chacha, Farhan and I decided to go for a walk in Bandar Metropolitan Jengka. HAHA awesome man! First time pergi sana, so sesat sikit masa jalan tu (:

Ohh ye, I was one of the Disciplinary Bureau members. Biro Disiplin sangat awesome okay? Depan students kitorang berlagak macam garang gila, marah sana sini, terpekik sini sana, tapi di belakang students, inilah kami tatkala kebosanan,





Sangat immature! HAHA. Best sangat sangat Biro Disiplin ni. Luar kena la nampak garang plus macho sebab nak suruh students respect kan. Kat belakang rasanya Biro Disiplin lah paling gila. Baru sikit gambar tuhhh. Itu belum campur cerita kitorang buat koir lagu Iman Tak Dapat Diwarisi by Raihan kat walkie-talkie lagi tu. Haha. Hampeh belaka XD Bak kata ketua Biro Disiplin kami, abang Syafaat,"Kena la gila gila, baru tak stress kerja". Yup, so true! ;) I was the Secretary for Biro Disiplin and it required me to always bring a notebook untuk catat perjalanan MDS.

Kami Setiausaha Biro Disiplin XD
Mereka Ketua dan Penolong Biro Disiplin XD

The greatest family members of Biro Disiplin
There were altogether 28 of us from Biro Disiplin. Ohh ye lupa nak cerita macam mana boleh dapat Biro Disiplin ni. First tu, masa taklimat, kitorang kena tulis nama penuh + program apa + jawatan jawatan yang pernah disandang semasa di UiTM dan 3 pilihan biro yang kita nak (Disiplin, Pentadbiran, Tugas-tugas Khas (TTK), Makanan, Kebajikan, Perubatan dan Kecemasan, Kerohanian, Sukan dan Rekreasi). Disiplin was my first choice followed by Pentadbiran and TTK. After the election process by our Majlis Tertinggi (MT), I was chosen to be one of the members of Disciplinary Bureau. Masa nak announce tu, semua nama di-display kan atas slide show. And masa nama nama ahli Biro Disiplin nak keluar, MT siap cakap "Ini dia Biro paling hot dan paling digemari semua OC sebab hampir semua OC letak Biro ni sebagai top choice". And Alhamdulillah, tak sangka sangat I was able to be one of them :') Then, sesi perkenalkan diri sendiri kepada semua OC. Tiap kali Biro Disiplin bangun perkenalkan diri, tiap kali tu lah kitorang kena boo dengan OC lain. *Konon macam takut lah dengan Biro Disiplin ni* -.-" Nak kenal dengan semua PMDS Sesi Jun-Oktober 2012 UiTM Pahang? Klik sini,

Barisan Pemantapan MDS Sesi Jun-Oktober 2012 UiTM Pahang

Barisan Majlis Tertinggi PMDS
Dengan semangat, azam dan tekad yang tinggi, diketuai barisan Majlis Tertinggi yang superb seperti Abang Amar (Pengarah Program), Abang Lokman (Timb. Pengarah 1), Kak Auni (Timb. Pengarah 2), Efy (S/U 1) dan Kak Ryn (S/U 2), beserta kekuatan 190 orang OC dalam 8 biro, MDS pun bermula. Fiuhhh penat! Tak tau lah biro biro lain, tapi yang pasti, Biro Disiplin cuma boleh tidur sejam sehari. Sebab apa? Lepas habis MDS around 12 a.m. something, ada post-mortem yang wajib dihadiri semua OC around pukul 1 pagi gitu, SETIAP HARI okay? Dan post-mortem tu tak pernah kurang dari 2 jam. So katakan lah habis pukul 3.30 pagi, pukul 4.30 semua Biro Disiplin nak kena bangun untuk kejutkan semua students. And sambung pulak pukul 6 pagi, Biro Disiplin kena handle role-call. Lepastu mula lah kerja tak berhenti. Awesome kan? -.-

Spotcheck XD Wahh malam tu sungguh indah. Semua students boleh balik bilik masing masing dengan awalnya, tanpa mengetahui kami akan buat spotcheck pada pagi itu. Dan seperti biasa, sebelum spotcheck, mestilah ada post-mortem. Seorang Biro Disiplin diwajibkan mengetuai satu aras, dibantu oleh dua orang OC dari Biro lain. Everything went very well, Alhamdulillah 'cause the students gave us full commitment. Thanks guys!

Harta rampasan
Dan dan, malam terakhir sebelum kesemua pelajar asasi TESL dan Law balik ke Kuantan, telah berlakunya satu peristiwa yang dinamakan 'prank' >.< Bagi prank students asasi ni, kepalanya adalah saya sendiri, dibantu oleh kesemua Biro Disiplin dan biro biro lain. WAHAHA XD Best gila. Semua students asasi kena stay dalam DSG, lepastu abang Syafaat pun start cucuk. Maklumlah ketua Biro Disiplin, siapa tak takut woh! Haha. Lepastu Kak Jie pulak masuk. Kak Jie ni pun salah seorang Biro Disiplin yang digeruni students jugak. Tot tet tot tet Kak Jie tabur siswi. Tak leh blah! Hahah. Pastu saya pulak masuk line. Uuuu bajet je drama. Siap nangis lagi depan students. Konon macam touching lah dengan diorang ni. "Akak ni punya lah backup korang masa OC OC lain cakap students Kuantan ni teruk, demand lah apa. Tapi last last ni yang akak dapat kan? Akak tak sangka korang macam ni. Akak rasa kecewa dengan diri akak sendiri sebab tak mampu nak disiplinkan korang. Mentang mentang akak ni tak sebesar korang, korang boleh buat buat tak dengar je apa akak cakap kan? Ingat akak saja saja ke jerit kat korang suruh jalan laju semua tu? Akak kecewa dengan korang". Terus keluar dari DSG dengan juraian air mata palsu. *Sebenarnya takde lah palsu sangat air mata tu sebab tiba tiba macam ter touching sungguh je tengok muka tak bersalah diorang. Heheh*. Pastu kat luar DSG gelak sakan dengan OC OC lain. HAHAH XD Awesome gila kott rasa masa tu. Sebab berjaya buat siswi nangis :p Sambil jalan keluar, abang Syafaat cakap kat siswi,"Tengok tu. OC korang sendiri, OC Kuantan sendiri kecewa dengan korang semua students asasi. Apa nak jadi korang ni?". Hahah. Then disusuli oleh Intan (another OC Disiplin) yang pura pura pengsan. Plus, abang Daus (OC Disiplin jugak) yang konon macam nak tumbuk sorang siswa ni, prank malam tu memang menjadi lah. HAHA. Pengalaman yang takkan pernah dilupakan (:

Lepas tu dah habis prank, ada siswi peluk saya sambil nangis,"Kenapa kak Alia buat macam ni? Sedih kitorang. Sampai hati. Seriously ingat kitorang jahat sangat sampai buat kak Alia nangis macam tu". Mwehehe sorry girls :D Plus, ada sorang siswi pengsan okay? Fine masa tu gila cuak sebab tak sangka sebegitu sekali effect prank tersebut -.-" Dan kemudian, abang Syafaat panggil suruh bagi ucapan sikit. Simple je ucapannya,"First sekali akak nak mintak maaf sebab selalu jerit jerit kat korang, akak OC Disiplin, harap korang faham itu tanggungjawab akak. Mintak maaf kalau ada terkasar bahasa. Ingat semua pesan akak, hormat orang lain tak kisah lah lagi muda ke, sebaya ke, yang lagi tua tu lagi lah kan. Ingat, hormat. Belajar rajin rajin, akak sayang awak semua". Hohoh ayat macam apa je. Maklumlah spontan. Haha. Abang Syafaat and abang Daus kena angkat dengan siswa, kena lambung. Hahah. Sporting gila diorang ni. Then sesi salam bersalaman, laga berlaga pipi ;) *Maaf prank students diploma dan pra-diploma tak dapat diceritakan sebab semua OC Kuantan dah pun bertolak pulang ke Kuantan semasa kejadian tersebut berlaku. Dengar ceritanya prank terbaik pernah dibuat setakat ni? Haha ye ke? Ruginya takde sekali*

So itu sahajalah suka duka kami sebagai OC sepanjang seminggu MDS - 2 Jun-7 Jun 2012. Alhamdulillah, pihak pentadbiran kata, MDS kali ni adalah the best, terbaik (: Banyak pengalaman, pengajaran berharga yang kami dapat sepanjang bergelar OC ni. Alhamdulillah, diberi peluang untuk jadi PMDS. Kali pertama dan terakhir mungkin :') Dulu dijaga oleh kakak kakak dan abang abang OC ni, tapi kali ni bekerja dengan diorang pulak :D Bak kata akak OC kita ni,


Terharu sangat baca apa Kak Najwa ni tulis :') Tahun lepas akak ni jaga saya masa MDS sebab kesihatan yang sangat tak mengizinkan, tapi tahun ni kitorang ditemukan sebagai teman sekerja (: Terharu sebab Kak Najwa ingat! Terima kasih sangat kak Najwa sebab sabar layan kerenah saya dulu. Saya tak pernah lupa akak. Tak sangka jumpa lagi :')

Dan pada 10 Jun 2012, telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Penghargaan Pembantu Minggu Destini Siswa Sesi Jun-Oktober 2012 di De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan. Hampir kesemua 190 orang OC hadir ke majlis tersebut yang bertemakan formal. Sedih gilaaaaaaa :( Tu last dapat jumpa diorang semua. Lepas ni semua buat haluan masing masing. Yang di Jengka terus kat Jengka dan kami OC Kuantan terus balik rumah masing masing, tunggu kemasukan untuk degree pulak. But whatever it is, family always remains as family, right?
Semoga ukhwah kita sentiasa utuh 

LOVE,
Nur Alia Syafiqah binti Norzeri,
Setiausaha Biro Disiplin,
MDS Sesi Jun-Oktober 2012.